Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pat] | امڤت

Definisi : bilangan tiga dicampur satu (4, IV); ~ belas bilangan sepuluh ditambah empat (14, XIV); ~ besar empat negara yg berkuasa (empat orang dll yg berpangkat); ~ likur ark 24; ~ penahap (penjuru) alam = ~ tepas dunia empat arah yg ada di dunia (utara, selatan, timur, dan barat); ~ persegi bidang yg empat seginya dan mempunyai sisi yg sama panjangnya, dan tiap-tiap sudutnya 90° (segi empat sama); ~ puluh empat kali sepuluh (40, XL); ~ ratus empat kali seratus (400, CD); ~ ratus serba dua pemberian drpd pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan yg banyaknya empat ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian, subang, barang-barang hantaran lain); ~ segi bidang yg seginya atau sempadannya empat; ~ gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela prb pertuturan orang yg bijak itu selalu tidak diketahui ertinya; ~ susu dua perut sl prb tidak sama atau amat berbeza (keturunan, darjat, dll); berempat yg empat jumlahnya, berjumlah empat: hari yg berikutnya orang ~ itu telah keluar; berempat-empat tiap-tiap satunya (kumpulan, barisan, dll) empat jumlahnya, tiap-tiap kali empat jumlahnya: semua harus beratur ~; mereka pergi ~; mengempat; ~ puluh hari berkenduri arwah (utk orang mati) pd hari yg keempat puluh setelah ia meninggal;mengempatkan menjadikan empat (isteri dll): kekanda sendiri telah rela ~ isteri kekanda Sultan; perempat; se~ = satu ~ satu drpd empat bahagian yg sama banyak, suku (41); memperempat membahagi kpd empat bahagian; keempat (peringkat, bilangan, dll) yg nombor empat; keempat-empat kesemuanya yg empat jumlahnya, empat (orang dll) sekali; perempatan 1. simpang empat jalan; 2.bahagian yg terdiri drpd suku sesuatu, sukubahagian drpd sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pat] | امڤت

Definisi : bilangan tiga dicampur satu; 4: ~ belas 14; ~ puluh 40; ~ ratus 400. ~ penjuru alam arah yg empat di dunia (timur, barat, utara, selatan). ~ segi mempunyai empat sempadan lurus (bkn sesuatu bentuk). berempat empat jumlahnya: Orang yg ~ itu ke mana perginya? berempat-empat setiap kali empat; setiap kumpulan empat banyaknya: Mereka masuk ~. mengempat; ~ puluh hari mengadakan majlis bertahlil dan berdoa pd hari yg keempat puluh setelah seseorang meninggal. mengempatkan menjadikan jumlahnya empat. memperempat membahagikan kpd empat bahagian. keempat yg nombor empat: Rukun iman yg ~ ialah percaya akan sekalian rasul. keempat-empat empat-empat sekali. perempat dibahagikan dgn empat. seperempat, = satu perempat satu dibahagikan dgn empat; satu drpd empat bahagian yg sama; suku ( ). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empat

Puisi
 

Kain empat lipat empat,
     Lipat mari di atas geta;
Cari hak lain payah nak dapat,
     Baiklah balik janda sedia.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Bagai bulan empat belas.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa burak).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
woodtouch ~, /selisih, minta simpang/ malaikat empat puluh empat, siah palis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fouradj & n 1. (cardinal number) empat; 2. figure representing this number, /nombor, angka/ empat; 3. four o’clock, /pukul, jam/ empat: we have tea at ~, kami minum petang pd pukul empat; 4. size denoted by four, saiz empat; 5. aged four years, empat tahun: he is only ~, umurnya baru empat tahun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rectanglen segi empat tepat; (oblong) segi empat bujur; (UK), (square) segi empat sama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fortyadj & n (cardinal number) empat puluh; be in o’s forties, dlm lingkungan empat puluhan: he is in his late forties, dia dlm lingkungan lewat empat puluhan; the forties, tahun(-tahun) empat puluhan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
-wheeledcomb. form beroda, roda: a four ~ carriage, pedati beroda empat or pedati empat roda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
quadrupleadj 1. four times, empat kali ganda: output is ~ that of last year, keluaran ialah empat kali ganda drpd keluaran tahun lalu; 2. made up of four parties, empat pihak: a ~ alliance, perikatan empat pihak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
time10. (arith) kali: six ~s four is twenty-four, enam kali empat, dua puluh empat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
surface 2. any of the sides of an object, permukaan: a square block has four ~s, bongkah empat segi ada empat permukaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cornern 1. point, place where two sides meet, sudut, penjuru, bucu: a square has four ~s, segi empat tepat mempunyai empat sudut; in a ~ of the room, di suatu sudut bilik itu; there was a speck of dust in the ~ of her eye, ada habuk melekat di sudut matanya; 2. bend, selekoh (jalan): a sharp ~, selekoh tajam; the car disappeared around the ~, kereta itu menghilang di selekoh jalan; 3. nook, ceruk, pelosok: the money was hidden in odd ~s of the house, wang itu tersorok di ceruk sana ceruk sini rumah itu; people came from all ~s of the country, orang datang dr setiap pelosok tanah air; 4. also corner – kick, tendangan /penjuru, sudut/; 5. also corner – hit, pukulan sudut; 6. (econ) monopoli pasaran;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
square adj 1. having four equal sides and four right angles, empat segi: the face of the watch is ~, muka jam itu empat segi; a ~ table, meja empat segi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas