Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pat] | امڤت

Definisi : bilangan tiga dicampur satu (4, IV); ~ belas bilangan sepuluh ditambah empat (14, XIV); ~ besar empat negara yg berkuasa (empat orang dll yg berpangkat); ~ likur ark 24; ~ penahap (penjuru) alam = ~ tepas dunia empat arah yg ada di dunia (utara, selatan, timur, dan barat); ~ persegi bidang yg empat seginya dan mempunyai sisi yg sama panjangnya, dan tiap-tiap sudutnya 90° (segi empat sama); ~ puluh empat kali sepuluh (40, XL); ~ ratus empat kali seratus (400, CD); ~ ratus serba dua pemberian drpd pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan yg banyaknya empat ratus ringgit belanja hangus dan dua pasang kasut (pakaian, subang, barang-barang hantaran lain); ~ segi bidang yg seginya atau sempadannya empat; ~ gasal, lima genap, dikendur berdenting-denting, ditegang berjela-jela prb pertuturan orang yg bijak itu selalu tidak diketahui ertinya; ~ susu dua perut sl prb tidak sama atau amat berbeza (keturunan, darjat, dll); berempat yg empat jumlahnya, berjumlah empat: hari yg berikutnya orang ~ itu telah keluar; berempat-empat tiap-tiap satunya (kumpulan, barisan, dll) empat jumlahnya, tiap-tiap kali empat jumlahnya: semua harus beratur ~; mereka pergi ~; mengempat; ~ puluh hari berkenduri arwah (utk orang mati) pd hari yg keempat puluh setelah ia meninggal;mengempatkan menjadikan empat (isteri dll): kekanda sendiri telah rela ~ isteri kekanda Sultan; perempat; se~ = satu ~ satu drpd empat bahagian yg sama banyak, suku (41); memperempat membahagi kpd empat bahagian; keempat (peringkat, bilangan, dll) yg nombor empat; keempat-empat kesemuanya yg empat jumlahnya, empat (orang dll) sekali; perempatan 1. simpang empat jalan; 2.bahagian yg terdiri drpd suku sesuatu, sukubahagian drpd sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pat] | امڤت

Definisi : bilangan tiga dicampur satu; 4: ~ belas 14; ~ puluh 40; ~ ratus 400. ~ penjuru alam arah yg empat di dunia (timur, barat, utara, selatan). ~ segi mempunyai empat sempadan lurus (bkn sesuatu bentuk). berempat empat jumlahnya: Orang yg ~ itu ke mana perginya? berempat-empat setiap kali empat; setiap kumpulan empat banyaknya: Mereka masuk ~. mengempat; ~ puluh hari mengadakan majlis bertahlil dan berdoa pd hari yg keempat puluh setelah seseorang meninggal. mengempatkan menjadikan jumlahnya empat. memperempat membahagikan kpd empat bahagian. keempat yg nombor empat: Rukun iman yg ~ ialah percaya akan sekalian rasul. keempat-empat empat-empat sekali. perempat dibahagikan dgn empat. seperempat, = satu perempat satu dibahagikan dgn empat; satu drpd empat bahagian yg sama; suku ( ). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empat

Puisi
 

Kain empat lipat empat,
     Lipat mari di atas geta;
Cari hak lain payah nak dapat,
     Baiklah balik janda sedia.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Bagai bulan empat belas.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa burak).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah ejaan lama bagi perkataan `empat ratus` sebelum 1972 ? Empat ratus atau empat ratos?Jawapannya ialah empat ratus.Lain-lain04.11.2010
Bidang matematik: Apakah kata berganda untuk segi empat tepat atau segi tiga? Adakah 'contoh, Luas segi empat tepat - segi empat tepat itu ' atau 'Luas segi-segi empat tepat itu '? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah segi-segi empat dan segi-segi tiga.Lain-lain07.08.2018
Maksud bunjut dalam sup bunjut dan kenapa ia tiada dalam kamus.Menurut data kami penggunaan frasa yang betul ialah punjut yang bermaksud sapu tangan dan lain-lain yang keempat-empat sudutnya diikat menjadi satu (untuk membawa sesuatu); memunjut menyimpulkan (mengikat) ke­empat-empat sudut sapu tangan dan lain-lain (menjadi­kan punjut). (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala sup bunjut pula merupakan nama yang telah didaftarkan.Lain-lain21.09.2018
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. Sila rujuk pada lampiran fail untuk contoh. *Ini lima jari saya. *Satu, satu, jari saya ada apa? *Satu, satu, jari kamu ada rusa. *Dua, dua, jari saya ada apa? *Dua, dua, jari kamu ada kuda. *Tiga, tiga, jari saya ada apa? *Tiga, tiga, jari kamu ada nuri. *Empat, empat, jari saya ada apa? *Empat, empat, jari kamu ada kura-kura. *Lima, lima, jari saya ada apa? *Lima, lima, jari kamu ada rama-rama. *Satu, dua, tiga, empat, lima. *Ini lima jari saya.Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP.Lain-lain27.12.2016
Dalam persuratan rasmi, masa bila kita menggunakan sesuatu jumlah atau bilangan yang ditulis dengan perkataan dan ditulis dengan angka, sebagai contoh "empat tajuk", "empat orang" dan "4 buah". Saya pernah dimaklumkan jumlah yang kurang dari 10 ditulis dengan perkataan dan lebih dari 10 ditulis dengan angka. Adakah ini benar. Terima kasih.Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya.Tatabahasa22.07.2010
Salam Mohon perbetulkan penggunaan kosa kata/ayat. 1. Permohonan masuk ke tingkatan empat sains tulen. 2. Permohonan memasuki tingkatan empat sains tulen. 3. Permohonan masuk tingkatan empat sains tulen. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah “Permohonan masuk ke Tingkatan Empat Sains Tulen.”  Tatabahasa22.10.2023
Terdapat empat cara -cara untuk menyelesaikan masalah itu atau Terdapat empat cara untuk menyelesaikan masalah itu. Mohon penerangan..tq

Ayat yang betul ialah "Terdapat empat cara untuk menyelesaikan masalah itu". Ayat "Terdapat empat cara-cara untuk menyelesaikan masalah itu" adalah tidak tepat kerana cara-cara sudah menunjukkan bilangan yang lebih daripada satu. Jika hendak menggunakan perkataan cara-cara, ayat tidak perlu ditambah dengan kata bilangan. Contoh ayat: Cara-cara hendak menjahit langsir di rumah.

Tatabahasa24.07.2018
Alisa murid tahun empat atau Alisa murid Tahun Empat. Mana satu yang betul?Ayat yang betula ialah "Alisa murid tahun empat."Tatabahasa05.04.2015
Ayat manakah yang betul: 1. Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod dalam Jadual 1? 2. Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod pada Jadual 1? 3. Keputusan eksperimen selepas emapt hari direkod di Jadual 1?Ayat Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod dalam Jadual 1 dan Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod pada Jadual 1 betul.Tatabahasa31.08.2012
a)Murid tahun empat dan tahun lima mempersembahkan nyanyian. b )Murid( T)ahun (E)mpat dan( T)ahun (L)ima mempersembahkan nyanyian. ADAKAH TAHUN EMPAT DAN TAHUN LIMA KENA HURUF BESAR?Ejaan yang betul ialah "Murid tahun empat dan tahun lima mempersembahkan nyanyian", tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali ada nama kelas seperti Tahun Empat Sejahtera.Ejaan22.07.2014
12345678910...

Kembali ke atas