Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.ping] | امڤيڠ

Definisi : sj kudap-kudapan yg dibuat drpd padi muda atau drpd buah belinjau (yg disangai dan ditumbuk tipis-tipis); ~ belinjau emping yg dibuat drpd buah belinjau; mengemping, memperemping membuat emping, menumbuk (utk membuat emping): terdengar bunyi antan nyaring bertingkah, itulah tandanya orang sedang ~; peremping; masak ~ (bkn padi) belum masak betul dan elok utk dibuat emping; pengemping = lesung ~ lesung tempat membuat emping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.ping] | امڤيڠ

Definisi : kudap-kudapan yg dibuat drpd padi muda yg digoreng dan ditumbuk sehingga pipih bentuknya. mengemping membuat emping; menumbuk padi muda (utk dibuat emping). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emping

Puisi
 

Saya tahu emping basi,
     Orang mengail di dalam kali;
Saya tahu dia benci,
     Saja tidak sedarkan diri.


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EMPING

Emping ialah sejenis kudapan yang dibuat

daripada padi muda atau pulut, dan kadangkala

diperbuat daripada buah belinjau. Walaupun

semua jenis pulut boleh dibuat emping, namun

yang paling sesuai ialah pulut galah.

UMUM 
SALJI

Salji ialah bentuk kerpasan yang terdiri daripada

hablur ais yang halus. Hablur ini terbentuk

daripada wap air dalam awan sejuk. Hablur ini

bergabung untuk menghasilkan emping salji

apabila ia berlanggar dan melekat bersama.

UMUM 
MIL OAT

Mil oat ialah keluaran makanan yang dibuat

daripada oat. Ia biasanya dimakan sebagai bijirin

sarapan yang dimasak yang dinamakan bubur. Mil

oat dibuat dengan membuang sekam luar isirung

oat. Groat atau bahagian dalam isirung, dilecek

untuk menanggalkan kulit luarnya. Kemudian, ia

dikukus sebahagiannya masak, dan digelek untuk

membentuk emping. Mil oat segera dimasak,

didapati apabila groat dipotong menjadi kepingan

yang lebih kecil sebelum digelek menjadi emping.

Mil oat adalah sumber vitamin B dan zat besi

yang baik. Satu cawan (240 gram) bubur mil oat

mengandungi kira-kira 23 gram karbohidrat, lima

gram protein, dua gram lemak. Satu cawan terdiri

daripada kira-kira 85 peratus air dan mempunyai

130 kalori.

UMUM 
BELINJAU

BELINJAU, (Gnetum gnemon linn. Daripada famili Gnetaceaei), buahnya dapat dibuat emping dan keropok.

BUDAYAKonsep
ANTAN

ANTAN,  alat untuk menumbuk bijirin seperti padi dan beras.  Antan ditumbuk ke dalam lesung untuk memisahkan padi daripada kulitnya.  Antan juga digunakan untuk menumbuk emping dan beras.  Antan, jika kecil, dikenal sebagai alu yang digunakan untuk melengkapi lesung tangan.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas