Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pu/] | امڤوق

Definisi : 1. (bkn makanan spt ubi rebus dll) lembut dan senang dikunyah; 2. gebu, tidak keras dan tidak lisut: isteri mudanya terbaring di tilam ~; mukanya lebar dan kelihatan ~ sahaja oleh gemuknya; 3. (bkn kain) sudah nipis dan mudah koyak, reput; 4. (bkn suara) sedap bunyinya, merdu; batu pun ~, jangankan hati manusia prb hati manusia yg keras dapat dilembutkan dgn perkataan yg manis dan lemah lembut; mengempukkan menjadikan empuk (melembutkan dll); keempukan keadaan empuk, kegebuan: aku membaringkan diri di atas katil dan merasakan ~ tilamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu/] | امڤوق

Definisi : Pr; mengempuk memukul (dgn sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu/] | امڤوق

Definisi : 1 lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empuk

Peribahasa

Direbus tak empuk.

Bermaksud :

Sangat sukar dikalahkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)