Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pu/] | امڤوق

Definisi : 1. (bkn makanan spt ubi rebus dll) lembut dan senang dikunyah; 2. gebu, tidak keras dan tidak lisut: isteri mudanya terbaring di tilam ~; mukanya lebar dan kelihatan ~ sahaja oleh gemuknya; 3. (bkn kain) sudah nipis dan mudah koyak, reput; 4. (bkn suara) sedap bunyinya, merdu; batu pun ~, jangankan hati manusia prb hati manusia yg keras dapat dilembutkan dgn perkataan yg manis dan lemah lembut; mengempukkan menjadikan empuk (melembutkan dll); keempukan keadaan empuk, kegebuan: aku membaringkan diri di atas katil dan merasakan ~ tilamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu/] | امڤوق

Definisi : Pr; mengempuk memukul (dgn sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu/] | امڤوق

Definisi : 1 lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empuk

Peribahasa

Direbus tak empuk.

Bermaksud :

Sangat sukar dikalahkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
armchair theoryteori kerusi empukSains PolitikPolitik PerbandinganTeori dalam bidang ilmu sains sosial yang dihasilkan tanpa kajian yang saintifik. Teori ini dihasilkan melalui pengamatan pemikiran dan imaginasi idealisme seseorang tokoh terhadap sesuatu fenomena yang diperhatikannya. Teori ini digarap tanpa kajian empirikal lapangan dan hanya berasaskan penaakulan dan logik akal peribadi. Contohnya teori Plato berhubung dengan persoalan pemerintahan, menyatakan bahawa golongan cendekiawan sahaja layak memegang dan mengetuai urusan pemerintahan negara. Premis tersebut dihasilkan tanpa proses penaakulan ilmiah yang saintifik, tanpa hipotesis khusus yang diuji, tidak ada pertimbangan deduksi dan metodologi yang teratur. Teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah seperti Plato, Socrates, Aristotle dan lain-lain yang sezaman dengannya, lazim dikategorikan sebagai teori kerusi empuk. Teori-teori sains sosial yang lahir selepas kemunculan aliran pemikiran positivisme barulah dikategorikan sebagai teori sains sosial yang bersifat saintifik.
tender (food)empuk (makanan)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
cookedmasak; empukPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
armchair theoryteori kerusi empukSains PolitikTiadaTiada
armchair theoryteori kerusi empukSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
wing chairkerusi kepakKesenianHiasan DalamanKerusi berlengan yang mempunyai upholsteri dan penyandar yang tinggi, empuk serta bersayap.
ageingpenuaanMakanan dan PemakananTeknologi MakananPenyimpanan daging yang belum diproses pada suhu di atas takat bekunya untuk menjadikannya lebih empuk, lebih berjus dan rasa daging. Penuaan biasanya dimulakan apabila pH muktamad daging diperoleh dan dikendalikan pada suhu 0-1.5oC untuk meminimumkan pertumbuhan mikroorganisma. Lihat juga pH muktamad.

Kembali ke atas