Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pu.lur] | امڤولور

Definisi : isi atau bahagian yg lembut dlm batang tumbuh-tumbuhan jenis palma, spt kelapa, pinang, dll; mempulur II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu.lur] | امڤولور

Definisi : ; ~ rimba sj tumbuhan (pokok), bungkal, simpuh gajah, Randia anisophylla; mempulur I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu.lur] | امڤولور

Definisi : 1 bahagian yg lembut dlm batang tumbuh-tumbuhan jenis palma. 2 bahagian tengah (biasanya keras) di dlm buah-buahan spt nanas, nangka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empulur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAGU

Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah

yang mampung atau empulur, daripada pelbagai

pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali

sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan

terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu

dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan

masakan komersial. Tepung sagu digunakan

kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai

pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah

dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan

utama orang Hindia Timur.

UMUM 
TEMBIKAI WANGI

Tembikai wangi ialah jenis tembikai yang ditanam.

Kulit tembikai wangi mempunyai corak serabut bak

jaring dan isinya berwarna jingga, rasanya manis dan

berbau wangi. Tembikai wangi ditanam dengan

meluas, terutamanya di Amerika Syarikat.

Empulur kuning tembikai wangi adalah sumber

penting vitamin A dan C. Tembikai ini terdiri

daripada lebih kurang 90 peratus air, sembilan

peratus karbohidrat dan satu peratus protein.

Mungkin tembikai wangi mula ditanam di India.

Tetapi, sejak awal lagi orang Mesir juga

menanamnya dan tembikai wangi dimakan oleh

orang Yunani dan Rom.

UMUM 
MENSIANG

Mensiang ialah nama biasa bagi empat jenis

tumbuhan rumput yang tinggi, halus. Mensiang

juga boleh dirujuk kepada batang tumbuhan ini

yang sering beruas di banyak tempat. Batangnya

mungkin sehalus dan serapuh jerami, atau setebal

dan setegap buluh. Empulur yang memenuhi

bahagian tengah mensiang biasanya boleh

dibuang, meninggalkan tiub berongga yang

bersendi. Batang berongga ini digunakan untuk

membuat alat muzik.

UMUM 
RASPBERI

Raspberi ialah pokok bangkut yang berduri yang

mengeluarkan buah yang kecil, bulat dan sedap.

Setiap buah, juga dikenali sebagai beri , terdiri

daripada sejambak sel, yang dinamakan druplet ,

yang kelihatan seperti manik kecil. Druplet adalah

sebahagiannya keras, dan sebahagiannya berisi,

dan tumbuh di sekeliling satu empulur yang

dikenali sebagai pudung .

UMUM 

Kembali ke atas