Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.na.pan] | انڤن

Definisi : 1. enap; tanah ~ tanah yg telah bercampur dgn air dan mendak; 2. (Geog) bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drpd campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsb; 3. pepejal yg terendap selepas proses endap di loji olahan air atau air sisa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.na.pan] | انڤن

Definisi : benda yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enapan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Mohon untuk mendapatkan istilah dalam bahasa melayu bagi terma berikut: Erosion and Sediment Control Plan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak Pelan Kawalan Hakisan dan Enapan Sediment - kelodak atau enapan Mulching - Sungkupan atau penyungkupan Control at source - Kawalan pada punca atau kawalan di punca Rapid Disposal - Pembuangan cepat atau Pelepasan Cepat Runoff Management - Pengurusan air larian atau Pengurusan Aliran Flow = aliran Runoff = air larian? Mohon pengesahan. Terima kasih1. Terjemahan bagi "sediment" daripada bidang kimia ialah enapan manakala daripada bidang pertanian ialah endapan. Bagi terjemahan yang "erosion" pula ialah hakisan. Maka terjemahan yang sesuai bagi "erosion and sediment control plan" ialah pelan kawalan endapan dan hakisan.
2. Terjemahan bagi "mulching ialah sungkupan
3. Cadanagn terjemahan yang sesuai bagi "control at source" ialah kawalan daripada sumber
4. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "rapid disposal" ialah pelupusan pantas
5. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "runoff management" ialah pengurusan aliran
Makna22.10.2020
Salam sejahtera. Adakah endapan dan enapan, atau "sediment", membawa maksud yang sama dalam bidang geologi? Bolehkah kedua-dua istilah ini digunakan saling bertukar ganti? Terima kasih.Endapan dan enapan dalam bidang biologi sebagai variasi dan penggunaannya boleh bersilih ganti.Penyemakan dan penterjemahan17.11.2015
Mohon pengesahan istilah-istilah berikut di dalam bahasa melayu Bil. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu 1. Sediment load 2. Erosion and Sediment Control Plan 3. Mulching 4. Control at source 5. Rapid Disposal 6. Runoff Management 7. Flow 8. Runoff 9. Surface runoff 10. Stormwater management 11. SustainableCadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan tersebut ialah:
1. Sediment load - beban enapan
2. Erosion and Sediment Control Plan - pelan kawalan endapan dan hakisan
3. Mulching - sungkupan
4. Control at source - kawalan sumber
5. Rapid Disposal - pelupusan pantas
6. Runoff Management - pengurusan air larian
7. Flow - alir atau aliran
8. Runoff - larian, melorot 
9. Surface runoff - larian permukaan
10. Stormwater management - pengurusan air hujan
11. Sustainable - mapan
Makna25.10.2020

Kembali ke atas