Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.dah] | اينده

Definisi : (éndah) peduli (akan), acuh: sedikit pun dia tidak ~ akan nasihat kawan-kawannya; ~ tak ~ tidak peduli langsung; tak ~ tidak peduli, tidak acuh;mengendahkan memberi perhatian kpd, memandang penting (mustahak, berharga, dll), mempedulikan, mengacuhkan: dia tidak ~ larangan orang tuanya;perendahan perhatian, penghargaan: segala adat lembaga bangsa Timur dapat ~ di kalbunya;pengendahan perihal atau perbuatan mengendahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.dah] | اينده

Definisi : /éndah/ ada atau mempunyai minat terhadap sesuatu. ~ tak ~ tidak menunjukkan minat terhadap sesuatu; tidak peduli. mengendahkan memberikan perhatian kpd sesuatu; mempedulikan: Dia tidak ~ hasutan orang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata endah


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. endah tak endah, tidak ambil peduli.Jange dok wak leweh gak, kalu ore suroh gapo-gapo.[dZA.NE do/ wA/ lE.wEh gA/ kA.lu .ÄE su.Äoh g:A.p.g:A.p]Jangan buat endah tak endah, kalau orang suruh buat sesuatu.
lede[lE.dE]kata adjektiftidak begitu mempedulikan, ambil mudah, endah tak endah.Kalu ore suroh kito buwak krijo, kito jange buwak lede.[kA.lu .ÄE su.Äoh ki.t bu.wA/ kÄi.dZ ki.t dZA.NE bu.wA/ lE.dE]Kalau orang suruh kita buat kerja, kita jangan ambil mudah.
lembu kenye[l«m.bu k«.øE] tidak peduli, tidak endah.Mamak tu kalu anok diyo sakek pong, diyo buwak lembu kenye jah.[mA.mA/ tu kA.lu A.n/ di.j sA.ke/ poN di.j bu.wA/ l«m.bu k«.øE dZAh]Mamat tu kalau anaknya sakit pun, dia buat tak peduli saja.
caro[tS:A.č]kata kerja1. mengambil tahu tentang seseorang, mengambil endah, peduli.1. Mung tok soh dok caro ko diyo la, ikok diyo nok wak gapo.[muN t/ sh do/ tS:A.č k di.j lA i.ko/ di.j n/ wA/ :] 221. Kamu jangan peduli dengannya, ikut dia nak buat apapun.
pado[pA.do]kata adjektifmengambil perhatian akan sesuatu (seperti nasihat, kata-kata), endah akan, peduli.Kito anok ni, keno pado kato ore tuo.[ki.t A.n/ ni ke.n pA.do kA.t .ÄE tu.w]Kita sebagai anak ni, kena ambil perhatian nasihat orang tua.
cakno[tSA/.n]kata kerjamengambil perhatian apabila disuruh membuat sesuatu, ambil berat, endah.Cakno gak sikik kalu ore suroh wak gapo-gapo.::Ambil beratlah sikit kalau orang suruh buat sesuatu.

Kembali ke atas