Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.do.ga.mi] | ايندوݢامي

Definisi : (éndogami) 1. (Ant) perkahwinan sesama suku; 2. (Bio) pendebungaan antara dua bunga pd tumbuhan yg satu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.do.ga.mi] | ايندوݢامي

Definisi : /éndogami/ ist 1 perkahwinan antara individu yg mempunyai pertalian persaudaraan (yg rapat); perkahwinan sesama individu dlm kelas sosial yg sama atau dlm lingkungan tempat tinggal yg sama. 2 pendebungaan antara dua bunga pd tumbuhan yg satu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata endogami


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN SEMELAI

ADAT PERKAHWINAN SEMELAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Semelai di Semenanjung Malaysia. Mereka sangat menggalakkan bentuk perkahwinan endogami iaitu perkahwinan antara ahli dalam satu kelompok atau kampung tetapi bukan di kalangan ahli keluarga atau saudara terdekat.

           

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR

ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan.

            Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri.

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas