Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.do.krin] | ايندوکرين

Definisi : (éndokrin) (Bio) bkn perembesan hormon oleh sesuatu organ atau struktur secara terus ke dlm darah atau limfa; kelenjar ~ kelenjar (spt kelenjar adrenalina, kelenjar tiroid, dll) yg merembeskan hormon terus ke dlm aliran darah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.do.krin] | ايندوکرين

Definisi : /éndokrin/ ist bkn dgn pengeluaran hormon oleh sesuatu organ atau struktur secara terus ke dlm darah atau limfa. kelenjar ~ ist kelenjar yg mengeluarkan hormon terus ke dlm aliran darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata endokrin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELENJAR TIROID

Kelenjar tiroid ialah kelenjar endokrin

(pengeluaran hormon) yang terletak di depan

leher. Ia mempunyai dua lobus (bahagian) di setiap

sisi trakea (salur udara). Kedua-dua lobus ini

disambungkan oleh satu jalur nipis tisu. Rangkaian

pembuluh darah menyelaputi kelenjar ini. Tiroid

mengambil iodin dari darah dan menggunakannya

untuk membuat hormon aktif, tiroksina yang juga

dikenali sebagai tetraiodotironina dan

triiodotironina . Hormon tiroid tidak aktif tersimpan

di dalam lobus dalam ruang yang dikenali sebagai

folikel .

UMUM 
SELYE, HANS

Selye, Hans (1907–1982) ialah ahli sains Kanada

yang menjadi terkenal kerana konsepnya tentang

ketegangan terhadap badan yang dikenali sebagai

stres. Kajiannya mengenai kelenjar endokrin

membantunya menemui kefahaman baru tentang

alam semula jadi dan kesan penyakit dan reaksi

badan terhadap masalah atau peristiwa dalam

kehidupan seseorang. Penyelidikan perubatannya

menunjukkan apa yang boleh dilakukan untuk

menyesuaikan badan dengan banyak jenis keadaan

yang tidak menyenangkan.

Selye lahir di Vienna, Austria. Dia menghabiskan

kebanyakan kerjaya profesionalnya di University of

Montreal, Kanada. Pada tahun 1976, dia

menubuhkan International Institute of Stress.

UMUM 
REMBESAN

Rembesan ialah bahan berguna yang dikeluarkan

oleh sesuatu sel dan kemudian dilepaskan dari sel

tersebut. Sel yang membentuk rembesan biasanya

terdapat dalam kelenjar. Rembesan dari kelenjar

eksokrin dikeluarkan ke dalam duktus (tiub) yang

menuju ke organ-organ lain atau ke permukaan

badan. Rembesan demikian termasuk air liur, air

mata, mukus, peluh, hempedu, dan jus pankreas.

Kelenjar endokrin (tanpa duktus) mengeluarkan

rembesan terus ke dalam darah. Rembesan ini, yang

dinamakan hormon, membantu mengatur banyak

proses badan. Hormon termasuk tiroksin, insulin,

adrenalin, estrogen, dan androgen. Sel khusus

dalam usus, ginjal, jantung, dan plasenta juga

merembes hormon. Tumbuhan dan haiwan

invertebrat (tanpa tulang belakang) juga

mengeluarkan rembesan, yang sesetengahnya

mempunyai nilai komersial.

UMUM 

Kembali ke atas