Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[eng.kau] | اڠکاو

Definisi : ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah, digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa), kamu, awak, lwn aku; si engkau sl orang yg disebut engkau, orang rendahan: jikalau umpama ~ si aku sekalipun, jika dgn titah tuanku patik sekalian pertuanlah; berengkau menggunakan perkataan engkau apabila bercakap-cakap utk menunjukkan hubungan yg mesra dan tidak formal: tapi baiklah kita menyebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~ berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[eng.kau] | اڠکاو

Definisi : kata ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah kedudukannya tetapi digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa). berengkau menggunakan kata engkau (sewaktu bercakap-cakap); menyebut kata engkau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata engkau

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Aku alah,
     engkau tak menang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
hanyot[hA.øot]kata adjektifberkenaan dengan layang-layang yang putus tali.Kau kalah, layang-layang kau dah hanyot.[kAw kA.lAh lA.jAN.lA.jAN kAw dAh hA.øot]Engkau kalah, layang-layang engkau sudah hanyut.
himol[hi.mol]kata adjektifdegil; jelat, baut.Engkau ni padah-padah himol.[«N.kAw ni pA.dAh.pA.dAh hi.mol]Engkau ini sangat degil.
balo[bA.lo]kata namabarisan pokok dalam kebun.Engkau tebas ikot balo ni.[«N.kAw t«.bAs i.kot bA.lo ni]Engkau tebas ikut barisan pokok ini.
gaseng kembang[gA.seN kEm.bAN] sejenis gasing yang besar, berbentuk lebar pada bahagian sebelah atas dan dimainkan oleh orang dewasa.Engkau gaseng kembang, aku gaseng jantong mana boleh main same-same.]Gasing engkau gasing kembang, gasing aku gasing jantung mana boleh main sama-sama.
gaseng jantong[gA.seN dZAn.toN] sejenis gasing yang bentuknya lonjong seperti jantung, dimainkan oleh kanak-kanak.Engkau gaseng kembang, aku gaseng jantong mana boleh maen same-same.]Gasing engkau gasing kembang, gasing aku gasing jantung mana boleh main sama-sama.
buke belah[bu.k« b«.lAh] memulakan kerja awal menanam padi.Engkau dah buke belah ke?[«N.kAw dAh bu.k« b«.lAh k«]Engkau sudah memulakan menanam padi?
padok[pA.do/]kata kerjamemadankan barang-barang atau menjodohkan pasangan manusia.Kalau mak padokkan kau dengan budak tu, kau mau?[kA.lAw mA/ pA.do/.kAn kAw d«.NAn bu.dA/ tu kAw mAu]Kalau emak jodohkan engkau dengan budak itu, engkau mahu?
calet[tSA.let]kata namamancis api.Mane engkau letak calet tadi?[mA.n« «N.kAw l«.tA/ tSA.let tA.di]Di mana engkau letak mancis api tadi?
   2. mendukung seseorang di bahagian belakang badan; encang.Meh atuk cangcang engkau, boleh jalan cepat sikit.[meh A.tu/ tSAN.tSAN «N.kAw bo.leh dZA.lAn tS«.pAt si.ket]Mari atuk dukung engkau di belakang, boleh jalan cepat sikit.
terak[t«.ÄA/]kata adjektifberkenaan isi mangkuk dan lain-lain yang penuh.Belaklah, terabes ke engkau nasik sepinggan terak ni?[b«.lA/.lAh t«.ÄA.bes k« «N.kAw nA.si/ s«.piN.gAn t«.ÄA/ ni]Belaklah, terhabiskah engkau nasi sepinggan penuh ni?
12345678910

Kembali ke atas