Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[eng.kau] | اڠکاو

Definisi : ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah, digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa), kamu, awak, lwn aku; si engkau sl orang yg disebut engkau, orang rendahan: jikalau umpama ~ si aku sekalipun, jika dgn titah tuanku patik sekalian pertuanlah; berengkau menggunakan perkataan engkau apabila bercakap-cakap utk menunjukkan hubungan yg mesra dan tidak formal: tapi baiklah kita menyebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~ berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[eng.kau] | اڠکاو

Definisi : kata ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah kedudukannya tetapi digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa). berengkau menggunakan kata engkau (sewaktu bercakap-cakap); menyebut kata engkau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata engkau

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Aku alah,
     engkau tak menang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBT. Mohon jelaskan , manakah ayat yang tepat dan gramatis? 1. Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa. 2. Janganlah engkau marahkan daku disebabkan aku lupa. 3. Janganlah engkau marahiku disebabkan aku lupa.1. Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa.
2. Janganlah engkau marahkan daku disebabkan aku lupa.
3. Janganlah engkau marahiku disebabkan aku lupa.
Ketiga-tiga ayat ini ayat gramatis.
Tatabahasa20.06.2016
Mohon jasa baik tuan yang bijaksana semak penggunaan tanda petik dalam ayat ini. Betulkah begini?: Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku'?"Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku?'"Ejaan02.11.2011
"Kamu" digunakan untuk menunjukkan bilangan orang yang banyak atau satu sahaja ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kamu bermaksud 1. kata ganti diri kedua (orang yang menjadi lawan bercakap), awak, engkau 2. bererti atau sama dengan kamu sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua. Berdasarkan maksud yang diberikan, kamu boleh menunjukkan bilangan orang yang banyak atau satu orang sahaja.Makna14.04.2011
Adakah ada ilmu yang tidak engkau ketahui? Atau Adakah ada ilmu yang engkau tidak ketahui?Ayat yang lebih tepat:

Adakah ada ilmu yang engkau tidak ketahui?
Lain-lain19.05.2016
Wujudkah perkataan 'perleceh' yang bermaksud merendah-rendahkan atau mempersia-siakan? Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edsisi Keempat, leceh (lécéh)  ialah; 1. meleleh dan melekat pada tempat yang dilaluinya (seperti lilin yangg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yang engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yang ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka­-muka (dengan ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, meman­dang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yang suka mengampu atau bermuka-muka (dengan ketua dll).Tatabahasa10.09.2013
Bolehkah 'engkau' digunakan ketika bercakap dengan ibu? Adakah betul lirik 'jingle' iklan berikut: "Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku"Perkataan engkau tidak sesuai digunakan untuk berkomunikasi dengan ibu kerana dalam budaya dan adab sopan, kita diajar supaya menggunakan bahasa yang baik dan halus terutama apabila bercakap dengan ibu, orang yang dihormati.  Dalam lirik lagu yang dikemukakan ini, penggunaan engkau adalah betul dari aspek tatabahasa tetapi tidak sesuai dalam konteks kesantunan berbahasa. Tatabahasa12.05.2010
Dapatkah ayat ENGKAU MENCINTAI AKU ditulis seperti yang berikut: KAUCINTAIKU. Mohon pandangan daripada Tuan.Boleh ditulis dengan ayat yang tersebut.Tatabahasa24.10.2007
Bilakah kita menggunakan gelaran awak, engkau, kamu dan anda. Gelaran yang mana paling sesuai dipakai semasa berbicara dengan orang dalam kelas, sosial dsb?Awak, engkau, kamu dan anda adalah kata nama ganti diri kedua. Suasana bagi menggunakan sapaan ini berbeza mengikut hubungan dan kedudukan. Awak dan kamu boleh digunakan bagi sapaan guru dengan pelajar, engkau pula antara kawan baik, dan anda adalah sapaan yang tidak membezakan taraf, tingkat dan umur . Sapaan ini lazimnya dilafazkan kepada tetamu aaatau hadirin sebagai tanda hormat.Lain-lain26.11.2007
1.kamu , engkau , dan awak ada apa perbezaannya? 2.apakah maksud untuk `seperti katak diharung ular`(tidak dapat dicari) 3.apakah kesalahan untuk ayat ini? ~perselisihan faham itu pokok daripada perebutan harta pusaka1. Kamu ialah kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), awak, engkau. Oleh itu kamu, awak dan engkau sama sahaja maknanya, tetapi adasedikit perbezaan pada kata engkau, juga  ganti nama diri kedua tetapi biasanya digunakan untuk orang yg setaraf atau yg lebih rendah, dan digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa).  2. Peribahasa seperti katak diharung ular tidak dijumpai dalam sumber rujukan kami.  3. Ayat ini tidak perlu menggunakan kata sendi daripada, yang betul - ~perselisihan faham itu pokok perebutan harta pusaka.Tatabahasa09.09.2008
Selamat petang. Bolehkah jelaskan apakah perbezaan penggunaan kata ganti diri kedua "awak" "anda" "kamu" dan "engkau"? Adakah penggunaannya berbeza ikut rasmi atau tidak rasmi atau macam mana?Awak, engkau, kamu dan anda adalah kata nama ganti diri kedua. Suasana bagi menggunakan sapaan ini berbeza mengikut hubungan dan kedudukan. Awak dan kamu boleh digunakan bagi sapaan guru dengan pelajar, engkau pula antara kawan baik, dan anda adalah sapaan yang tidak membezakan taraf, tingkat dan umur . Sapaan ini lazimnya dilafazkan kepada tetamu aaatau hadirin sebagai tanda hormat.Tatabahasa02.02.2016
12345678910...

Kembali ke atas