Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[eng.kau] | اڠکاو

Definisi : ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah, digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa), kamu, awak, lwn aku; si engkau sl orang yg disebut engkau, orang rendahan: jikalau umpama ~ si aku sekalipun, jika dgn titah tuanku patik sekalian pertuanlah; berengkau menggunakan perkataan engkau apabila bercakap-cakap utk menunjukkan hubungan yg mesra dan tidak formal: tapi baiklah kita menyebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~ berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[eng.kau] | اڠکاو

Definisi : kata ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah kedudukannya tetapi digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa). berengkau menggunakan kata engkau (sewaktu bercakap-cakap); menyebut kata engkau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata engkau

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Aku alah,
     engkau tak menang.

Bermaksud :

Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya. (Bandingkan dengan: Aku alah engkaulah menang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
umra waqfwakaf umraEkonomiEkonomi IslamWakaf khas yang bersifat sementara. Penerima wakaf berhak mendapat manfaat wakaf berkenaan sepanjang hidupnya sahaja. Apabila penerima wakaf itu meninggal dunia, harta wakaf berkenaan akan dikembalikan kepada wakif atau warisnya. Contohnya, wakif berkata, “Saya wakafkan rumah ini kepada engkau selama mana engkau masih hidup”.
الطلاق الصريحtalak ṣarīḥAgama IslamFiqhPerceraian yang berlaku dengan menggunakan lafaz yang jelas (sarih). Contohnya, "Aku ceraikan engkau".
كناية الطلاقsamaran talak/kiasan talakAgama IslamFiqhTalak dengan menggunakan bahasa kiasan. Contohnya, "Pulanglah ke rumah ibu bapa engkau".
matrixmatriksKesusasteraanPuisiAcuan yang menjadi dasar terutamanya pada tema dan persoalan untuk mencipta puisi-puisi yang lebih kemudian. Contohnya, puisi "Lahirlah Engkau" untuk anaknya Iskandar karya Usman Awang, kemudian puisi "Sayang Akmar" oleh Kemala (Ahmad Kamal Abdullah), puisi "Iza Hairani" karya Dharmawijaya dan diikuti penyair-penyair yang lain .
octaveoktafKesusasteraanPuisiPuisi yang terdiri daripada lapan baris dalam semua rangkapnya. Namun rimanya terutama rima hujung pada setiap baris kebanyakannya adalah bebas. Contohnya. puisi "Petani Abadi" dalam kumpulan Derita Buana karya Dharmawijaya. Puisi ini terdiri daripada tiga rangkap. Jumlah barisnya sama seperti rangkap pertama ini. jika engkau bertanya tentang rumah kehidupan menidurkan lelah akan kujawabkan siang malamnya bagai hujan badailah memancang ruang sawah ladang.

Kembali ke atas