Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éng.sot] | ايڠسوت

Definisi : (éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éng.sot] | ايڠسوت

Definisi : /éngsot/; berengsot bergerak sedikit tanpa mengangkat punggung atau benda yg ditolak: Amilah ~ ke tepi dinding apabila kedua-dua mempelai itu lalu. mengengsotkan menggerakkan sesuatu sedikit demi sedikit tanpa mengangkatnya: Pak Ali ~ almari besar itu ke sudut rumah. engsotan gerakan berengsot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata engsot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Seekor penyu sedang...........naik keatas pantai untuk mencari tempat bertelur yang sesuai A) menyusur B) mengesot C) merangkak D) melompat Apakah jawapan paling tepat sekali bagi tempat kosong tersebut. Sekian terima kasih
Jawapan yang sesuai ialah mengengsot.
(éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan.

Lihat pula definisi mengesot kerana berbeza walaupun hampir sama. 
menegsot = bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengeng­sotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris;
Tatabahasa25.10.2012
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih.1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit.
2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing.
3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga
4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan.
5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu.
Tatabahasa22.03.2012
Assalamualaikum. Di sini saya ada beberapa soalan ingin dikemukakan. 1) di kelilingi ATAU dikelilingi 2) kata-kata alu-aluan ATAU kata-kata aluan ATAU kata alu-aluan 3) mengesot-esot ATAU mengengsot-engsot 4) suasana himpit menghimpit ATAU suasana berhimpit-himpit 5) Pak Ali merupakan salah seorang saksi mujbir kepada peristiwa bersejarah itu, iaitu malam kemerdekaan. - apakah 'saksi mujbir' itu boleh digunakan? Atas segala perhatian pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

1) dikelilingi

2) kata alu-aluan

3) mengengsot-engsot

4) suasana berhimpit-himpit

5) Mujbir ialah kata Arab yang bermaksud yang memaksa. Perkataan ini lazimnya digunakan dalam laras agama seperti wali mujbir, iaitu wali (bapa atau datuk sebelah bapa) yang boleh menikahkan anak atau cucu perempuannya yang masih dara tanpa persetujuan anak atau cucu tersebut. Untuk ayat umum, seperti "Pak Ali merupakan salah seorang saksi mujbir kepada peristiwa bersejarah itu, iaitu malam kemerdekaan." lebih baik kata mujbir digantikan dengan perkataan biasa yang memberi maksud yang dikehendaki, kerana mujbir dalam ayat ini tidak tepat maknanya seperti dalam frasa wali mujbir.

Tatabahasa15.06.2011
Apakah maksud bagi peribahasa dan perkataan di bawah kerana saya tidak dapat dicari di mana-mana pun ? a rantai besi dimakan bubuk b lalang ditiup angin c terengsot-engsot d baik mengikut resmi padi daripada mengikut remi lalang terima kasih.

Puan,

Maksud peribahasa dan perkataan yang dikemukakan ialah i. cerita tak masuk akal ii. terhuyung -hayang iii. bergerak sedikit-sedikit tanpa mengangkat punggung iv. makin berisi makin tunduk

Lain-lain14.12.2010
Salam, sila jelaskan maksud perkataan: terseok-seok Contoh ayat: Dengan langkah terseok-seok, nenek tua itu mendekati keramaian. Saya telah mencari dalam kamus dewan edisi 3 dan juga melalui carian kata tetapi tidak menemui maksud perkataan ini. Saya dapati perkataan ini banyak digunakan dalam sebuah buku yang saya baca dan saya dapati penulis tersebut menggunakan perkataan ini berulang kali. Sila jelaskan maksud perkataan tersebut. Terima kasih.Istilah ini tidak terdapat dalam mana-mana sumber rujukan kami. Mohon saudara menjelaskan lebih lanjut judul/tajuk buku yang saudara baca,   nama pengarang dan syarikat penerbitan buku tersebut bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini. Kemungkinan perkataan tersebut seharusnya berengsot-engsot yang bermaksud bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan).Istilah25.05.2010

Kembali ke atas