Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.jin] | اينجين

Definisi : (énjin) mesin utk menukar berbagai-bagai bentuk tenaga kpd daya atau gerakan mekanik; ~ diesel = ~ penyalaan mampatan enjin yg menggunakan minyak diesel dan benzina utk bahan apinya; ~ gas enjin yg menggunakan gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api; ~ haba enjin utk menukarkan haba menjadi tenaga mekanik; ~ pembakaran dalam enjin yg membakar bahan api dlm silinder dan menukarkan tenaga haba yg terhasil terus kpd tenaga mekanik; ~ petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol sbg bahan api; ~ stim = ~ wap enjin yg digerakkan (dijalankan) oleh kuasa wap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.jin] | اينجين

Definisi : /énjin/ alat yg dpt menukarkan sesuatu bentuk tenaga kpd bentuk tenaga yg lain terutama tenaga sawat; jentera; mesin. ~ diesel enjin pembakaran yg menggunakan tenaga haba dr udara yg dimampatkan utk membakar bahan api dlm silinder. ~ gas enjin yg menggunakan gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api. ~ pembakaran dalam ist enjin spt enjin diesel yg melibatkan berlakunya pembakaran bahan api dlm enjin yg sebenarnya dan tidak di luar (spt yg berlaku dlm enjin stim). ~ petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol sbg bahan api. ~ stim (wap) enjin yg dijalankan dgn kuasa wap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enjin

Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana hendak diterjemah, "Safran turbine engines power helicopters from the world’s leading manufacturers" ? Enjin-enjin turbin Safran menguasakan helikopter-helikopter daripada pembuat-pembuat terulung dunia?Cadangan terjemahan yang sesuai bagi ayat yang diberikan ialah Helikopter Safran berkuasa enjin turbin merupakan pemacu pembuatan enjin di dunia.Makna13.11.2020
Hi, apakah istilah "search engine" yang tepat? "Enjin carian" atau "enjin gelintaran"?Menurut istilah "search engine" ialah "enjin carian".Istilah04.08.2007
apa maksud penerapan menurut kamus dewanMakna penerapan ialah perihal (perbuatan dsb) menerap atau memasang (enjin dll), pemasangan (enjin dll); 2. perihal (perbuatan dsb) menerapkan (mengenakan pd, menyerapkan, dsb), perbuatan.Makna04.10.2009
Bolehkah saya terjemahkan Engine Braking Control (EBC) kepada Pengawal Brek Enjin? Atau lebih sesuai Sistem Kawalan Pembrekkan Enjin?Cadangan padanan bagi istilah Engine Braking Control (EBC) dalam bahasa Melayu ialah Kawalan Brek Enjin. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah01.02.2024
Adakah rangkai kata ini betul? enjin penghawa dingin

Saudara,

Frasa yang betul ialah enjin penyaman udara.

Istilah19.10.2009
Apakah perkataan yang sesuai "depan" atau "hadapan" untuk ayat berikut: Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke air? Perlukah dimasukkan perkataan "dalam" sebelum perkataan "air"? Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke ______ air?Kata "depan" dan "hadapan" sama maksudnya.  Oleh itu, penggunaan mana-mana satu daripada perkataan tersebut adalah betul. Ayat yang betul ialah Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke dalam air.Tatabahasa29.10.2014
Tuan, Terima kasih atas jawapan tuan. Mengenai istilah "supercar" dan "superbike", apa yang saya ketahui mengenai "superbike" ialah motosikal sport yang pantas dengan saiz enjin antara 800 cc hingga 1100 cc manakala "supercar" pula ialah kereta sport dengan saiz enjin yang sangat besar serta sangat mahal kerana dibuat dengan tangan serta dikeluarkan dengan jumlah yang sangat terhad. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya mencari istilah Bahasa Melayu yang paling tepat bagi kedua-duanya. Terima kasih.

Sdr. Mohd Hezeri, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Saya bersetuju dengan pandangan sdr. Pada kebiasaannya kita hanya menggunakan motosikal berkuasa besar. Kereta juga boleh digunakan sebagai kereta berkuasa tinggi atau besar. Terima kasih

 

Ejaan30.06.2009
Penggunaan 'dari', 'daripada', 'ke' dan 'kepada'. Apakah ayat yang betul bagi ayat ini? ''Setelah enjin dihidupkan, pam suapan akan menyedut bahan api dari tangki ke karburetor sepenuhnya".
  1. Perkataan dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.
  2. Kata sendi nama  "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini, peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan, keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi.
  3. Cadangan ayat ''Setelah enjin dihidupkan, pam suapan akan menyedut bahan api dari tangki ke karburetor sepenuhnya" adalah betul penggunaan tatabahasa.
Tatabahasa09.01.2020
Mohon cadangan bagi nama Pertandingan Perarakan Beroda Tanpa Enjin (Parade Of Wheels) yang menarikDBP mencadangkan pihak puan memberikan nama pertandingan dalam bahasa Melayu sepenuhnya mengikut konsep yang ingin ditonjolkan. Sebaik-baiknya nama pertandingan tersebut turut menggambarkan citra Malaysia. Lain-lain05.09.2018
pragmatis

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain11.11.2010
12345678910...

Kembali ke atas