Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.ti.ti] | اينتيتي

Definisi : (éntiti) sesuatu yg mempunyai kewujudannya yg tersendiri: seterusnya sbg data kajian, sastera harus diamati sbg ~ yg bebas drpd konteks sejarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.ti.ti] | اينتيتي

Definisi : /éntiti/ sesuatu yg mempunyai kewujudannya yg tersendiri: Syarikat itu berusaha utk berubah menjadi sebuah ~ yg lebih besar dan kukuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata entiti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
service providerpenyedia perkhidmatanPentadbiranPentadbiran Awam

Entiti yang menawarkan kemudahan kepada entiti-entiti lain. Penyedia perkhidmatan boleh dirujuk dalam konteks kebajikan, kesihatan, keselamatan, keselesaan, pendidikan dan teknologi. Penyedia perkhidmatan akan memberikan kesan positif kepada individu, masyarakat dan organisasi untuk memudahkan urusan dan melancarkan sistem pentadbiran. Antara contoh penyedia perkhidmatan ialah akses Internet, pengendali telefon bimbit, pengaturcaraan aplikasi laman web, sistem penghantaran dan sebagainya.

counterterrorismcegah keganasanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAmalan, taktik, teknik atau strategi ketenteraan yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan, tentera, polis atau entiti-entiti lain bagi menentang keganasan. Kebanyakan strategi cegah keganasan membabitkan peningkatan dalam aktiviti risikan oleh pihak berkuasa, termasuk melakukan pintasan komunikasi dan penjejakan terhadap individu disyaki. Kebanyakan negara menggubal undang-undang antikeganasan bagi menyatakan bahawa perbuatan seperti mengebom, merampas kapal terbang, menculik atau mengambil tebusan sebagai jenayah keganasan. Walau bagaimanapun, amalan cegah keganasan biasanya sering membawa kepada penghakisan hak asasi sivil dan politik kerana ia menggalakkan kes penahanan tanpa bicara, penangkapan sewenang-wenang dan pembunuhan tanpa izin mahkamah.
legal entityentiti sah; entiti undang-undangUndang-undangTiadaTiada
international systemsistem antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSistem yang merangkumi satu kumpulan entiti politik yang berinteraksi antara satu sama lain menurut peraturan dan norma tertentu. Interaksi ini dipengaruhi oleh struktur dan pengagihan kuasa entiti politik yang terlibat. Dalam sesebuah sistem antarabangsa, tindakan yang dilakukan oleh sesuatu entiti memberi kesan terhadap entiti lain dalam sistem tersebut. Tahap kesan akibat tindakan sesuatu entiti adalah berlainan. Semakin kuat kuasa entiti itu, semakin jelas impak tindakannya terhadap entiti lain. Dalam sistem antarabangsa moden, entiti politiknya merupakan negara moden, manakala dalam sistem antarabangsa yang wujud sebelum sistem antarabangsa moden, entiti politiknya terdiri daripada kampung, negara kota dan empayar. Sistem yang pernah wujud sebelum sistem antarabangsa moden biasanya terbatas kepada kawasan tertentu sahaja dan tiada interaksi yang ketara berlaku antara entiti daripada sistem yang berlainan. Antara sistem antarabangsa yang muncul sebelum sistem antarabangsa moden ialah sistem antarabangsa Yunani Purba yang wujud di Semenanjung Yunani dan sistem antarabangsa Eropah zaman dahulu yang meliputi entiti Eropah sahaja.
strong entityentiti kukuhTeknologi MaklumatTiadaEntiti yang tidak bergantung kepada kewujudan entiti lain dalam model perhubungan entiti.
weak entityentiti lemahTeknologi MaklumatTiadaEntiti yang kewujudannya bergantung kepada kewujudan satu entiti lain dalam model perhubungan entiti.
metamorphosismetamorfosisKesenianDrama dan TeaterPenjelmaan watak daripada satu entiti kepada entiti yang lain, biasanya berkaitan dengan perubahan manusia kepada bukan manusia atau sebaliknya.
entity relationship diagramgambar rajah hubungan entitiTeknologi MaklumatPerisianRajah yang menggambarkan struktur logik suatu pangkalan data secara grafik. Rajah ini terdiri daripada beberapa komponen seperti set entiti, atribut, set hubungan dan pautan antara set serta atribut. Contohnya, set entiti diwakili oleh rajah berbentuk segi empat tepat, manakala atribut pula diwakili oleh rajah berbentuk bujur. Set hubungan diwakili oleh rajah berbentuk berlian. Pautan atribut kepada set entiti dan pautan set entiti kepada hubungan diwakili oleh garisan.
existence dependent entityentiti sandar wujudTeknologi MaklumatTiadaEntiti yang hanya wujud dalam pangkalan data, bergantung kepada kewujudan satu atau lebih entiti lain dalam pangkalan data.
one-to-one relationshiphubungan satu dengan satuTeknologi MaklumatTiadaPerhubungan antara satu entiti dengan satu entiti lain.
12345678910...

Kembali ke atas