Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.pi.fit] | ايڤيفيت

Definisi : (épifit) (Bio) tumbuhan herba yg menggunakan tumbuhan lain atau benda (spt dinding bangunan) utk mendapatkan sokongan fizikal (tanpa mendapatkan makanan drpd tumbuhan yg ditumpangi), mis anggerik, lumut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.pi.fit] | ايڤيفيت

Definisi : /épifit/ ist tumbuhan (spt orkid, lumut) yg menumpang pd tumbuhan lain atau benda (spt dinding bangunan), tetapi tidak mendapatkan makanan drpd tumbuhan yg ditumpanginya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epifit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EPIFIT

Epifit yang juga dikenali sebagai tumbuhan

udara, ialah sebarang tumbuhan yang tumbuh

pada tumbuhan lain tetapi membuat makanannya

sendiri.

UMUM 
MONSTERA

Monstera ialah nama bagi lebih kurang 20 spesies

tumbuhan menjalar yang berkayu di kawasan tropika

Amerika. Ia adalah epifit (tumbuhan yang hidup pada

tumbuhan lain). Spesies yang paling biasa, iaitu

tumbuhan rumah yang paling popular, dikenali

sebagai Swiss cheese plant. Daunnya yang matang

adalah lebar di tepi dan mungkin berlubang. Di

kawasan tropika, buah monstera dimakan. Rasanya

seakan-akan rasa pisang dan nanas.

Pengenalan saintifik. Monstera tergolong dalam

famili arum, Araceae. Spesies biasa ialah Monstera

deliciosa .

UMUM 
ARA

Ara, tumbuhan yang terdiri daripada pokok renek, epifit, pepanjat dan tumbuhan menjalar yang pada asalnya pokok penumpang. Nama saintifiknya ialah Ficus spp. daripada famili Moraceae.

PERTANIANFlora dan Fauna
SAKAT

SAKAT (Asplenium nidus daripada famili polypodiaceae), tumbuhan epifit yang kebanyakannya tergolong dalam kumpulan orkid, paku-pakis, herba atau pokok renek yang memanjat secara melekap pada pokok besar.  Tumbuhan ini terdiri daripada beberapa jenis seperti sakat batu, sakat bawang dan sakat gajah.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas