Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.pik] | ايڤيک

Definisi : (épik) 1. puisi (sajak) panjang yg menceritakan bakti seseorang pahlawan (biasanya pahlawan dlm sejarah atau legenda); 2. karya sastera, filem, dll yg menjadikan bakti kepahlawanan sbg perkara sesebuah epik: ia telah berjaya menarik perhatian kita utk melihat Hikayat Hang Tuah sbg sebuah ~ kebangsaan yg tinggi nilainya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EPIK

Epik ialah puisi hikayat yang panjang. Hampir

semua epik menceritakan  keperwiraan

orang kayangan dan orang yang terlibat dalam

peperangan atau pengembaraan.

UMUM 
EPIK MELAYU

EPIK MELAYU, cerita tentang kewiraan atau kepahlawanan tokoh utama yang istimewa bagi bangsa Melayu. Epik selaunya digubah dalam bentuk puisi naratif yang panjang dengan menitikberatkan unsur kepahlawanan tokoh utamanya yang dicampuradukkan dengan unsur mitos, legenda, dongeng, dan cerita sejarah. Epik juga biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesuatu bangsa, bahkan epik merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dengan kata lain, tumpuan penceritaan sebuah epik adalah  kepahlwanan wiranya. Sifat dan perlakuan yang bercirikan kepahlwanan sangat diutamakan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran untuk membuktikan kehandalannya dan masyarakat dapat pula menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

SASTERAPenerbitan
SASTERA EPIK

SASTERA EPIK, karya naratif yang pada awalnya digubah dalam bentuk puisi yang panjang yang kadangkala dikenal juga sebagai sastera pahlawan.  Sastera epik mengemukakan sifat kepahlawanan tokoh utamanya dalam satu tentetan peristiwa yang dianggap penting bagi perjalanan sejarah bangsa yang melahirkannya.

SASTERAKonsep
EPIK ISLAM

EPIK ISLAM,  karya kesuassteraan tradisional yang memaparkan kisah seseorang tokoh pahlawan yang pernah berjuang menegakkan syiar Islam. Dua contoh yang tepat dapat dikemukakan sebagai epik Islam dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah. Secara umum kedua-dua hikayat ini juga dikenal sebagai sastera pahlawan.

SASTERAPenerbitan
RAMAYANA

Ramayana ialah salah satu daripada dua puisi

epik yang teragung di India. Satu lagi ialah epik

Mahabharata . Wira Ramayana ialah Rama, putera

dan waris takhta seorang raja India (lihat Rama ).

Rama lahir di negara Ayodhya (dahulunya Oudh,

kini sebahagian daripada Uttar Pradesh).

Visvamitra, guru Rama yang bijaksana telah

mengajarnya prinsip yang harus dipatuhi untuk

menjadi raja.

UMUM 
EPIK WARISAN ISLAM

EPIK WARISAN ISLAM, kesusateraan dalam bentuk cerita yang mengemukakan tentang tokoh Islam atau tokoh yang dikatakan telah terlibat dalam perjuangan penyebaran Islam. Tokoh yang diperkatakan dalam hikayat ini mungkin merupakan orang yang pernah hidup dan mengenali Nabi Muhammad s.a.w atau watak yang direka berdasarkan sesuatu tokoh yang pernah wujud. Biasanya, ketokohan yang digambarkan dalam hikayat ini jauh berbeza dnegan tokoh sebenar.

SASTERAPenerbitan
THE ODYSSEYPuisi epik Yunani.SASTERAKarya
THE ILLIADPuisi epik terkenal yunani yang dipercayai hasil karangan Homer.SASTERAKarya
ODYSSEY

Odyssey, sebuah puisi epik, berkemungkinan ialah

karya yang paling berpengaruh dan popular dalam

kesusasteraan Yunani purba. Odyssey merupakan

antara karya pengembaraan yang paling agung

dalam kesusasteraan. Ia menjadi model bagi

kebanyakan cerita pengembaraan yang terkemudian.

UMUM 
NIBELUNGENLIED

Nibelungenlied ialah puisi epik Jerman yang

ditulis kira-kira pada tahun 1200 M. Tajuknya

bermakna Lagu Nibelung . Penulisnya tidak

diketahui tetapi tidak diragui karya ini berasal dari

kawasan Danube di tenggara Jerman atau Austria.

Beberapa versi cerita tentang penulis puisi ini

masih terdapat hingga kini.

UMUM 
1234

Kembali ke atas