Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.pi.lép.si] | ايڤيليڤسي

Definisi : (épilépsi) (Ubat) sj penyakit saraf yg menyebabkan seseorang tidak sedar dgn anggotanya bergerak menyentak-nyentak, (penyakit) gila babi, sawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epilepsi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
temporal lobe epilepsyepilepsi lobus temporalPerubatanTiadaSejenis epilepsi setempat akibat nyahcas abnormal dari lobus temporal. Antara gejalanya termasuklah halusinasi, terutamanya yang berkaitan dengan bauan, gangguan ingatan seperti fenomena deja vu, perasaan seperti bermimpi dan sawan; keterukan sawan menjulat daripada epilepsi psikomotor kepada epilepsi grand mal.
grand mal epilepsyepilepsi grand malPerubatanTiadaEpilepsi yang didahului dengan aura. Pesakit tidak sedar diri dan diikuti dengan konvulsi secara menyeluruh. Sin: epilepsi major
Jacksonian epilepsyepilepsi JacksonPerubatanTiadaEpilepsi yang bermula secara unilateral yang diiringi dengan sentakan klonik atau kederiaan abnormal yang terhad pada sebahagian anggota atau muka. Tetapi epilepsi ini sering juga merebak ke struktur lain di sisi tubuh yang sama atau merebak ke seluruh tubuh sehingga pesakit mungkin tidak sedar.
Jacksonian epilepsyepilepsi JacksonPerubatanTiadaEpilepsi yang bermula secara unilateral, yang diiringi dengan sentakan kronik atau kederiaan abnormal yang terhad pada sebahagian anggota atau muka.
focal epilepsyepilepsi fokusPerubatanTiadaSerangan epilepsi yang muncul akibat gangguan otak secara setempat atau di sebelah otak sahaja. Fokus utama ialah lobus temporal.
major epilepsyepilepsi majorPerubatanTiadaLihat epilepsi grand mal.
minor epilepsyepilepsi minorPerubatanTiadaSerangan epilepsi yang tidak teruk dalam jangka masa yang singkat, terutamanya jenis petit mal atau psikomotor.
psychomotor epilepsyepilepsi psikomotorPerubatanTiadaSejenis epilepsi yang berkaitan dengan lobus temporal yang berpenyakit, yang dicirikan dengan aktiviti motor dan psikik yang tidak sesuai dari segi masa dan tempat; pesakit tidak sedar tentang apa yang dilakukannya semasa serangan penyakit ini.
grand mal epilepsyepilepsi grand malPerubatanTiadaEpilepsi yang didahului dengan aura, bermula dengan pesakit tidak sedar diri, dan diikuti dengan konvulsi secara menyeluruh.
petit mal epilepsyepilepsi petit malPerubatanTiadaEpilepsi yang dicirikan dengan keadaan tidak sedar akan keadaan sekeliling secara tiba-tiba. Keadaan ini mungkin berulang dan berlangsung beberapa saat sahaja. Biasanya keadaan ini tidak diikuti dengan konvulsi, dan sekiranya berlaku pun terhad kepada gerakan kecil, seperti gerenyetan otot.
1234567

Kembali ke atas