Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.po/.é.po/] | ايڤوق٢

Definisi : (épok-épok) sj kuih yg berintikan sayur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epok-epok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang makna perkataan "epok-epok". Menurut Kamus Dewan edisi keempat, epok-epok bermaksud sejenis kuih yang berintikan sayur. Namun begitu, apabila saya cuba mencari maklumat dan gambar "epok-epok" daripada Internet, saya mendapati bahawa epok-epok seolah-olah merujuk kepada karipap. Hal ini membuat saya keliru. Adakah "epok-epok" merujuk kepada karipap? Jika benar begitu, mengapakah makna yang diberi ialah kuih yang berintikan sayur padahal karipap tidak semestinya berintikan sayur. Saya berharap pihak dbp dapat membantu saya. Terima kasihDalam Kamus Dewan epok-epok ialah sejenis kuih berintikan sayur dan berdasarkan dapatan saudara daripada Internet bentuk epok-epok sama seperti karipap. Hal ini berkemungkinan epok-epok dibuat dalam pelbagai bentuk termasuklah bentuk seperti karipap tetapi berintikan sayur. Makna24.10.2011
Saya ingin mengetahui maksud gado-gado, epok-epok dan dekak-dekak. Terima kasih.Gado-gado ialah sejenis makanan daripada sayur-sayuran, tempe, tauhu dan sebagainya yang digaul dengan kuah kacang. Epok-epok ialah sejenis kuih berintikan sayur. Dekak-dekak ialah sempoa.Makna18.10.2011
Adakah perkataan *kanak* dalam ayat *Kanak itu menangis kerana terjatuh semasa bermain bola* untuk merujuk kepada *child*atau *children* betul penggunaannya? Ini kerana guru yang pernah mengajar saya mengatakan bahawa *kanak-kanak* merupakan kata ganda semu (sama seperti epok-epok, anai-anai umpamanya) dan tidak boleh berdiri sendiri. Namun, perkataan *kanak* ini wujud dalam Kamus Dewan dan semakin berleluasa penggunaannya. Harap dapat menjelaskan. Terima kasih.Dalam Kamus Pelajar kanak sama dengan kanak-kanak. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, child dan children diterjemahkan kepada kanak-kanak. Berdasarkan huraian tersebut tidak salah jika kita menggunakan kata kanak dalam ayat. Walau bagaimanapun kata kanak-kanak lebin mantap dan diterima  penggunaannya dalam ayat.Tatabahasa01.06.2013
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Selamat sejahtera. boleh saya tahu maksud bagi perkataan tertier. Sekian terima kasih.Tertier merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris"tertiary". Dalam bidang Biologi, "tertier" mempunyai beberapa maksud, iaitu 1. Merujuk kepada zaman selepas Mesozoik dan sebelum Kuatener. 2. Jangka masa awal zaman Kaenozoik, Eosen hingga Pliosen epok. 3. Akar yang dihasilkan oleh akar sekundar. 4. Merujuk kepada dinding dalam beberapa serabut kayu. 5. Merujuk kepada bulu, iaitu tertial. 6. Merujuk kepada pengguna, iaitu haiwan karnivor yang makan karnivor yang lain. Dalam bidang perindustrian, "tertiary" merujuk kepada peringkat ketiga dan dalam bidang pendidikan merujuk kepada pendidikan tinggi.Makna10.06.2016

Kembali ke atas