Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ra] | ايرا

Definisi : (éra) 1. jangka masa tertentu (yg lama) dlm sejarah: penelitian rekod dr ~ penjajahan dan revolusi; 2. jangka masa tertentu yg dianggap mempunyai sesuatu keistimewaan: beberapa pandangan utk ~ baru perjuangan; ~ perkembangan seni lukis; boleh dikatakan tahun 1920-an dan 1980-an merupakan ~ peluasan penjajahan Amerika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ra] | ايرا

Definisi : /éra/ sesuatu jangka waktu yg bermula dr peristiwa atau dr waktu tertentu; zaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata era


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana betul: dalam era, atau pada eraFrasa yang betul ialah "pada era".Tatabahasa21.06.2012
Tuan, Frasa dan ejaan berikut adalah betul atau tidak: 1) Dalam era pascakemerdekaan, ATAU 2) Dalam era pasca kemerdekaan, ATAU 3) Dalam era pascamerdeka, Terima kasih.
Frasa yang betul ialah 1. Dalam era pascakemerdekaan dan 3. Dalam era pascamerdeka


Tatabahasa22.01.2019
Era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat dikatakan mampu mempercepatkan usaha memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan keyataan ini?Soalan saudara/ saudari tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain01.08.2010
Soalan ini pernah diajukan tetapi pihak tuan tidak menjawabnya. Soalannya ialah, yang mana satu betul: pada era ini atau dalam era ini?Semua soalan yang ada dalam domain Khidmat Nasihat DBP telah kami jawab. Berkemungkinan ada masalah teknikal yang berlaku berkaitan soalan saudara. Untuk makluman tuan, ungkapan yang betul ialah "pada era ini".Tatabahasa18.06.2012
Kita perlu meningkatkan daya saingan rakyat kita di era globalisasi. Adakah ayat di atas betul? Kawan saya betulkannya kepada ayat di bawah: Kita perlu tingkatkan daya saing rakyat kita di era globalisasi. Soalan saya pula: 1) Kenapa tidak perlu menggunakan imbuhan Me- di depan tingkatkan? 2) Kenapa tidak tambahkan terbitan -an di belakang saing? Dia tidak dapat jawab soalan saya, oleh itu saya tulis di sini supaya pakar bahasa DBP dapat beri tunjuk ajar kepada saya.Terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.    1. Kita perlu meningkatkan daya saing rakyat kita pada era  globalisasi.

2.    2. Daya saing rakyat kita pada era globalisasi perlu kita tingkatkan (Ayat pasif)

3.    3. Perlu kita tingkatkan daya saing rakyat kita pada era globalisasi (Ayat pasif songsang)

 

Oleh itu, ayat Kita perlu tingkatkan daya saing rakyat kita di era globalisasi tidak gramatis untuk digunakan.

Tatabahasa08.04.2021
Pembetulan tatabahasa dan struktur ayat: 1.Pada era kamera menggunakan film, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya mereka, namun pada era digital kebanyakan penapis tersebut telah disediakan dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar. 2. Apabila mereka berada dalam talian, tidak ada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar dengan sejumlah besar maklumat yang boleh didapati oleh mereka malah lebih daripada itu, cara mereka berkejasama dan belajar antara satu sama lain.1.Pada era kamera menggunakan filem, jurufoto-jurufoto membeli berbagai-bagai jenis penapis cahaya ketika menghasikan karya. Namun pada era digital, kebanyakan penapis tersebut telah disediakan di dalam kamera ataupun boleh digunakan daripada perisian komputer bagi tujuan suntingan gambar.


2. Apabila  berada dalam talian, tiada had kepada perkara yang boleh dilakukan oleh para pelajar kerana maklumat yang banyak dan  mereka boleh bekerjasama dan belajar antara satu dengan yang lain.
Tatabahasa11.12.2013
Pengesahan Bahasa 1. Perubahan Era Dunia Teknologi IT Hijau 2. Pencipta Pusat Data Hijau Pertama di AsiaJawapan 1. Perubahan Era Dunia Teknologi IT Hijau 2. Pencipta Pusat Data Hijau Pertama di AsiaTatabahasa03.07.2013
Mohon unruk rujukan dan Pembetulan "USAHAWAN PUTATAN SEPAKAT KE ERA KEMAJUAN, BERKHIDMAH TINGGI DAN BERMOTIVASI"USAHAWAN PUTATAN SEPAKAT KE ERA KEMAJUAN, BERHEMAH TINGGI DAN BERMOTIVASILain-lain18.03.2019
cabaran bahasa melayu dan cara-cara mempertahankan nilai ekonominya dalam era globalisasiCabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam era globalisasi amat besar. Penguasaan bahasa asing dalam teknologi maklumat amat meluas dalam penyebaran maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat perlu dipertingkatkan bagi meyaingi cabaran daripada bahasa asing. Rujuk rencana berkenaan perkara ini dalam arkib dan perpustakaan.Lain-lain12.03.2007
Tuan, Ayat di bawah adalah gramatis atau tidak: 1. Pada era langit terbuka ini, Internet berperanan besar dalam kehdupan kita. (penggunaan " Pada era langit terbuka ini" adalah benar?) terima kasih.Penggunaan perkataan "pada" dalam ayat tersebut adalah betul.

Salah satu definisi "pada":  kata sendi nama yang digunakan untuk menunjukkan waktu atau untuk menunjukkan kata nama abstrak dalam pembentukan frasa atau ayat, contoh: pada masa ini
Tatabahasa02.08.2018
123456

Kembali ke atas