Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.rat] | ارت

Definisi : 1. kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll): Amiruddin menggenggam tangan Hawa ~; di sisinya duduk isterinya menggendong anaknya yg masih ~ menyusu; 2. kukuh, teguh (janji dll), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dll): ia memegang nasihat itu dgn ~nya; perhubungan antara rakyat dan kerajaan tetap ~;mengeratkan 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat: sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2. menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll; mempererat menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika;keeratan keteguhan, kekariban (dlm persaudaraan, ikatan, dll): saudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita umat Islam; pengerat seseorang atau sesuatu yg meng­eratkan: ~ hubungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.rat] | ارت

Definisi : 1 tidak mudah lepas; tidak longgar (bkn ikatan atau pegangan); kuat-kuat: Anak itu memegang tangan ibunya dgn ~. 2 tetap, tidak berubah (bkn janji); rapat atau karib benar (bkn persahabatan, hubungan dll): Persahabatan mereka berdua itu sangat ~. mengeratkan 1 menjadikan erat (bkn ikatan, genggaman dll); menguatkan; meneguhkan. 2 menjadikan erat atau rapat (bkn persahabatan dll); merapatkan. mempererat 1 menjadikan lebih erat (bkn ikatan, genggaman dll). 2 menjadikan lebih erat atau lebih rapat (bkn persahabatan dll): Projek gotong-royong itu akan ~ hubungan antara penduduk kampung. keeratan keadaan erat; keteguhan; kerapatan; kekariban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erat

Peribahasa

Menggenggam erat,
     membuhul mati.

Bermaksud :

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tightly2. firmly, erat-erat, ketat-ketat: they held each other ~, mereka berpelukan erat-erat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strain 1 6. clasp closely, hug, mendakap erat-erat: she ~ed the child to her breast, dia mendakap erat-erat anak itu ke dadanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wring3. shake (so’s hand) vigorously, menggenggam [sst] erat-erat: he wrung my hands in delight, dlm kegirangan dia menggenggam tangan saya erat-erat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tightwith a ~ grip, kuat-kuat, erat-erat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tightadv 1. firmly and securely, kuat(-kuat), erat(-erat): she held the child ~ in her arms, dia mendakap budak itu kuat-kuat dlm pelukannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gripvt 1. take hold of, grasp firmly, a. (with hand) menggenggam, memegang kuat, memegang /kuat-kuat, erat-erat/: she ~ped her friend’s hand warmly, dia menggenggam tangan kawannya itu dgn mesra; the policeman ~ped the thief by the collar, mata-mata tersebut memegang kuat kolar baju pencuri itu; he ~ped the rope with both hands, dia memegang kuat tali itu dgn kedua-dua belah tangannya; b. (with or as if with claws) mencengkam: the tiger ~ped the carcass, harimau itu mencengkam bangkai tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
graspvt 1. a. hold firmly, memegang (dgn kuat); (with closed fist) menggenggam: she ~ed me firmly by the shoulder and swung me around, dia memegang bahu saya erat-erat dan memusingkan saya supaya menghadapnya; the child ~ed the edge of the swimming pool, budak itu memegang tebing kolam renang dgn kuat; he ~ed both my hands warmly, dia menggenggam kedua-dua tangan saya dgn mesra; b. seize firmly, mencengkam:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
graspn 1. a. firm hold, pegangan (yg kuat); (with closed fist) genggaman, menggenggam: he tightened his ~ on my hand, dia mengejapkan pegangannya pd lengan saya; make sure you have a firm ~ of the racket, pastikan kamu menggenggam erat-erat gagang raket itu; b. tight grip (as if with nails or claws) cengkaman: she broke free from my ~, dia melepaskan diri drpd cengkaman saya; 2. control, mastery, cengkaman: the country fell into the ~ of a tyrant, negara itu jatuh ke dlm cengkaman pemerintah yg zalim; 3. comprehension, understanding, pemahaman: this subject is beyond my ~, perkara ini di luar pemahaman saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
firm13. compact, padat: the soil around the base of the tree should be ~, tanah di keliling pangkal pokok itu seharusnya padat; 4. strong, forceful, erat: I kept a ~ hold of my daughter’s hand as we crossed the busy street, saya memegang tangan anak saya erat-erat semasa kami melintasi jalan yg sibuk itu; she felt safe in his ~ embrace, dia berasa selamat dlm pelukannya yg erat; 5. not changing, definite, (of decision, offer) muktamad, tegas; (of appointment etc) muktamad, tetap; (of opinion, belief, etc) tegas, kukuh, teguh; (of news, data, etc) kukuh: we received a polite but ~ refusal, kami menerima penolakan yg sopan tetapi tegas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vicelikeadj teguh dan erat: a ~ grip, genggaman yg teguh dan erat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas