Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.rat] | ارت

Definisi : 1. kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll): Amiruddin menggenggam tangan Hawa ~; di sisinya duduk isterinya menggendong anaknya yg masih ~ menyusu; 2. kukuh, teguh (janji dll), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dll): ia memegang nasihat itu dgn ~nya; perhubungan antara rakyat dan kerajaan tetap ~;mengeratkan 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat: sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2. menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll; mempererat menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika;keeratan keteguhan, kekariban (dlm persaudaraan, ikatan, dll): saudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita umat Islam; pengerat seseorang atau sesuatu yg meng­eratkan: ~ hubungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.rat] | ارت

Definisi : 1 tidak mudah lepas; tidak longgar (bkn ikatan atau pegangan); kuat-kuat: Anak itu memegang tangan ibunya dgn ~. 2 tetap, tidak berubah (bkn janji); rapat atau karib benar (bkn persahabatan, hubungan dll): Persahabatan mereka berdua itu sangat ~. mengeratkan 1 menjadikan erat (bkn ikatan, genggaman dll); menguatkan; meneguhkan. 2 menjadikan erat atau rapat (bkn persahabatan dll); merapatkan. mempererat 1 menjadikan lebih erat (bkn ikatan, genggaman dll). 2 menjadikan lebih erat atau lebih rapat (bkn persahabatan dll): Projek gotong-royong itu akan ~ hubungan antara penduduk kampung. keeratan keadaan erat; keteguhan; kerapatan; kekariban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erat

Peribahasa

Menggenggam erat,
     membuhul mati.

Bermaksud :

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quad erat demonstrandum (q.e.d)quad erat demonstrandum (q.e.d)MatematikTiadaTiada
close-knit nucleusnukleus eratLinguistikTiadaTiada
cohesionkohesiKesusasteraanPuisiHubungan erat antara satu baris dengan satu baris yang Iain, ataupun antara satu rangkap dengan satu rangkap yang lain.
objectivitykeobjektifanKesusasteraanTiadaHal tentang penciptaan seni, yang erat hubungannya dengan mutu penulisan dan penglibatan pengarang dalam kritikan kontemporari.
kake uketangkap cengkamSukanTiadaCara menangkap dan mencengkam erat lengan lawan.
kakete uketangkap cengkamSukanTiadaCara menangkap dan mencengkam erat lengan lawan.
convoykonvoiGerontologiTiadaPerihal hubungan sosial dan ikatan yang erat antara individu dengan individu atau kumpulan tertentu sepanjang hayat.
family cohesionkepaduan keluargaKejururawatanTiadaPerhubungan ahli keluarga yang erat dan bersatu padu.
organic plotplot organikKesusasteraanTiadaPlot yang memperlihatkan susunan peristiwanya terjalin erat, kemas serta padu.
conjugal lovekasih sayang suami isteriSosiologiTiadaKasih sayang hasil hubungan erat melalui perkongsian hidup sebagai isteri, bukan hubungan darah.
12

Kembali ke atas