Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[er.ti] | ارتي

Definisi : 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang; ~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg) mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal; seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain; bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah; mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;ertian tafsiran; pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambar­an) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[er.ti] | ارتي

Definisi : 1 maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2 guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1 menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya: kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Melayu. 2 menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata(-kata) yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erti


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sense6. meaning, interpretation, maksud, erti: he is using the word in its figurative ~, dia menggunakan perkataan itu dgn erti kiasan; this is more or less the ~ of what he said, inilah lebih kurang maksud kata-katanya; in /all ~s, every ~/ of the word, dlm semua erti kata: she’s beautiful in every ~ of the word, dia cantik dlm semua erti kata ;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
full-blownadj 1. fully developed, dlm erti kata yg sebenar: a ~ war, peperangan dlm erti kata yg sebenar; 2. (usu liter.) in full bloom, kembang mekar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
knowinglyadv 1. in a manner suggestive of secret information, dgn penuh erti: to look ~ at so., memandang sso dgn penuh erti; 2. deliberately, dgn sengaja: to ~ hurt so., menyakiti hati sso dgn sengaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
meaningn makna, erti: what is the ~ of this word?, apakah makna perkataan ini?; the joke has a double ~, jenaka itu ada dua makna; what’s the ~ of all this?, apakah makna semua ini?; she gave me a look full of ~, dia memandangKamus Inggeris-Melayu Dewan
purposelessadj tdk /ada erti, bererti/, sia-sia: a ~ crime, jenayah yg sia-sia; his life became ~, hidupnya menjadi tdk bererti.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sensein a very real ~, dlm erti kata yg sebenarnya; in o’s right ~s, waras: no one in his right ~s would take such a risk, tdk ada orang yg waras yg akan mengambil risiko spt itu; make ~, a. be intelligible, dapat difahami: the child’s prattling did not make ~, ocehan kanak-kanak itu tdk dapat difahami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
symbolic(al) the ritual has ~ significance to the worshippers, upacara itu mempunyai erti yg simbolik bagi pemuja-pemuja; 2. consisting of marks or signs, lambang, simbol: ~ language, bahasa lambang; ~ sign, tanda simbol.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
savour, (US) savor2. get pleasure from, menikmati; (words) menikmati erti: the elections being over, he is ~ing a brief respite, pilihan raya telah selesai, buat sementara waktu dia sedang menikmati waktu rehat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strict 4. exact, sebenarnya: in the ~ sense of the word, dgn erti kata yg sebenarnya; a ~ interpretation of the law, interpretasi undang-undang yg sebenarnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
savour, (US) savorhe ~ed the words of the poem as he said them, dia menikmati erti perkataan-perkataan dlm puisi itu semasa dia menyebutnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas