Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[er.ti] | ارتي

Definisi : 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang; ~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg) mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal; seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain; bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah; mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;ertian tafsiran; pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambar­an) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[er.ti] | ارتي

Definisi : 1 maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2 guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1 menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya: kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Melayu. 2 menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata(-kata) yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu erti yang tepat tentang Simpulan Bahasa "Berani mati" Di sekolah-sekolah di Singapura Simpulan Bahasa itu mempunyai erti "sangat tekad" . Apakah itu erti sebenarnya? Guru-guru terpaksa gunakan erti di atas sebab telah ditentukan oleh pihak "pakar" Setahu saya, (guru lama) erti itu, membawa makna "orang yang berani dan tidak hiraukan nyawanya ketika melakukan sesuatu atau sangat berbahaya. Harap dapat penjelasan dari pihak tuan/puan. Terima kasih

Encik Khalid terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Secara umumnya kita boleh berikan maknanya sebagai sangat tekad tetapi huraian yang saudara berikan itu adalah lebih tepat maknanya. Terima kasih.

Makna13.07.2009
Yang manakah merupakah penggunaat yang betul? Dengan erti kata atau dalam erti kata?Penggunaan perkataan yang betul ialah "Dalam erti kata."Lain-lain15.06.2022
Erti pirah mabuk.Istilah "pirah" tidak terdapat maknanya dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kami berpendapat frasa ini digunakan dalam bahasa lisan dan tidak rasmi yang mungkin bermaksud "Pergilah mabuk".Lain-lain30.01.2018
erti modeDalam Kamus Dewan Edisi Empat, mode ditakrifkan sebagai kebiasaan yang berlaku pada sesuatu waktu (pakaian, perhiasan, dll), cara (corak, ragam) yang terpakai pada waktu tertentu, fesyen.Makna18.10.2013
ERTI PERKATAAN MAGISMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, magis bermaksud luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg tersembunyi, ghaib:Contoh ayat, kisah kehidupan di angkasa raya dgn kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~.Lain-lain01.06.2010
erti mencurah air ke daun keladiMaksud peribahasa itu ialah memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.Makna13.05.2010
erti pengikut dalam kamus dewan. terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengikut ialah penganut, pengiring atau peserta, iaitu orang yang turut sama atau bersama-sama dalam sesuatu perkara.Makna07.04.2010
erti kata 'dasar'

Kata 'dasar' bermaksud : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb), 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll),  3. lantai, 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar, 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang), 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras, 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi,  8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok, 9. Id memang, sebenarnya,  10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna12.03.2010
erti perkataan aduan,(aduan awam)

Maknanya ialah hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna17.02.2010
erti perkataan sectorization dalam bahasa melayuPadanan dalam bahasa Melayu bagi "sectorization" ialah pensektoran yang bermaksud perihal mensektorkan sesuatu atau membahagikan sesuatu mengikut bidang, bahagian dan sebagainya.Makna27.05.2009
12345678910...

Kembali ke atas