Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[er.ti] | ارتي

Definisi : 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang; ~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg) mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal; seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain; bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah; mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;ertian tafsiran; pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambar­an) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[er.ti] | ارتي

Definisi : 1 maksud yg terkandung dlm sesuatu kata, ayat, peribahasa, lambang dll; makna: Cuba terangkan ~ perkataan ini. 2 guna; faedah: Kekayaan tidak ada ~nya bagi orang yg sudah sakit tenat. ~ kata makna sesuatu kata; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg sebenarnya). bererti 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. mengerti dpt menangkap atau dpt memahami erti sesuatu kata (ayat, isyarat dll): Dia ~ akan apa-apa yg dikatakan oleh gurunya. mengertikan 1 menerangkan erti sesuatu (kata dll); memberikan ertinya: kata-kata Inggeris yg diertikan dlm bahasa Melayu. 2 menjadikan orang dll mengerti: Memang susah ~ orang bodoh. pengertian 1 pengetahuan dlm fikiran atau gambaran ttg sesuatu; faham: Tidak mudah menanam ~ ttg rukun negara kpd murid-murid. 2 tanggapan; konsep: Dlm ~ kebudayaan yg luas ini, perkahwinan merupakan satu aspek hidup manusia bermasyarakat yg bersistem. seerti sama ertinya: kata ~ kata(-kata) yg sama atau yg hampir-hampir sama ertinya; sinonim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
semantic differentialkebezaan ertiKomunikasiKorporatPendekatan yang menggunakan soalan kajian secara tinjauan untuk mengesan profil imej sesuatu imej. Penggunaan kaedah ini mendapati bahawa setiap manusia boleh memberi tafsiran makna berbeza terhadap sesuatu mesej yang sama. Fungsi kebezaan erti dalam penyampaian mesej adalah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan kesan mesej yang disampaikan. Dalam bidang pengiklanan, sesebuah syarikat pengiklanan boleh menggunakan iklan yang sama untuk menyampaikan makna dan meningkatkan kesan yang pelbagai kepada khalayak. Selain itu, kebezaan erti dalam kajian juga boleh digunakan oleh perancang pengiklanan untuk mengenal pasti tafsiran makna mesej yang paling dominan dan boleh digunakan. Contohnya, sesuatu penerbitan iklan, video korporat, dan lakaran logo perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada sekumpulan khalayak untuk diuji makna mesejnya sebelum disempurnakan. Sekiranya kebezaan erti atau makna mesej adalah positif seperti yang dirancang, maka penerbitan itu akan disempurnakan dan diedarkan. Sekiranya mesej memberikan erti yang negatif dan bertentangan dengan matlamat penerbitan, maka penyempurnaan penerbitan itu akan diubah suai atau dibatalkan.
multiple meaningerti berbilangKesusasteraanTiadaPelbagai erti yang dapat diberikan oleh sesuatu perkataan.
pejorative meaningerti memburukKesusasteraanTiadaTiada
multiple meaningerti berbilangLinguistikTiadaTiada
emotive meaningerti emosiPendidikanTiadaTiada
holophrasiscantum ertiKesusasteraanPuisiSesuatu kata yang digunakan oleh seseorang penyair, mampu menonjolkan makna keseluruhan sesuatu klausa yang diungkapkan. Contohnya, kata hujan! sekarang hujan kata panas! sekarang panas Sinonim holofrasis.
sense figurekiasan ertiKesusasteraanTiadaTiada
narrow-sense heritabilityketerwarisan erti sempitPerikananTiadaTiada
broad-sense heritabilityketerwarisan erti luasPerikananTiadaTiada
missense mutationmutasi salah ertiBiologiGenetikPenggantian satu bes pada DNA yang menyebabkan sesuatu kodon mengekod asid amino yang lain.
1234567

Kembali ke atas