Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[és.ka.la.tor] | ايسکالاتور

Definisi : (éskalator) tangga bergerak utk membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eskalator


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "machine-room-less escalator"? "eskalator bukan mesin" atau "eskalator tidak bermesin"? Frasa digunakan dalam panduan bidang kejuruteraan. Mohon pendapat serta cadangan pihak DBP. Terima kasih.Untuk makluman, machine-room-less escalator tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun demkian, kami mencadangkan supaya frasa tersebut diterjemahkan kepada eskalator kurang ruang mesin.Penyemakan dan penterjemahan20.11.2018
Salam Sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. eskalator = tangga bergerak utk. membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan. 2. travelator = laluan pejalan kaki yang bergerak mendatar Soalan ; Di sesetengah pasar raya, ada kemudahan laluan untuk pelanggan bergerak naik atau turun antara tingkat yang tidak bertangga supaya boleh diletakkan troli. Sekiranya eskalator, tidak bertangga. Sekiranya travelator, tidak bergerak secara mendatar kerana naik atau turun antara tingkat. Apakah istilah yang sesuai ? Terima kasihKami mencadangkan istilah "travelator" digunakan bagi maksud tersebut kerana konsep tidak bertangga dan laluan pejalan kaki.Istilah12.11.2013
Saya mohon untuk semak karya seni ini kerana saya ingin pamerkan di eskalator atas urusan pemasaran Medan Selera Kl Sentral.

Untuk makluman tuan, setiap iklan yang dipaparkan di tempat awam perlu mendapat pengesahan bahasa daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum membuat permohonan permit pemasangan iklan daripada pihak PBT. Untuk semakan iklan tersebut tuan perlu kemukakan permohonan  melalui Laman web: dbpsahbahasa.my.
Untuk permohonan kali pertama, sila klik Daftar Akaun dan isi butiran yang diperlukan. Sila buat permohonan dan Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Tuan akan menerima makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya.  Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

 

Lain-lain20.04.2022
Salam sejahtera, Adakah "piring sisir lif" sesuai digunakan sebagai terjemahan "escalator combplate"? Jika tidak, sila nyatakan pendapat anda. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Istilah "escalator comb plate" tiada dalam rujukan kami. Namun begitu, cadangan terjemahan yang sesuai ialah plat sisir eskalator.Istilah22.06.2018
Tuan, Sila beritahu sama ada perkataan dalam kurungan adalah betul atau salah.Jika salah,bolehkah tuan betulkan?Terima kasih atas tunjuk.ajar tuan. 1.Ibu mengutip beberapa (cubit) kulat sisir. 2.Kita boleh membeli barangan (jati) di pasar raya itu. 3.(Akal) yang sihat melahirkan idea yang bernas. 4.Bau tempat penyembelihan lembu sangat (hanyir.) 5.Dia mendapat (kecederaan) pada lengannya akibat terjatuh tangga. 6.Pemain yang mengalami kecederaan itu (ditunda) keluar dari padang. 7.Kereta ayah yang rosak telah (ditunda) ke bengkel. 8.Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan (digantung ) 9.Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih (teguh) 10.Ibu bapa harus memegang tanga anak mereka dengan (teguh) semasa menaiki eskalator. Adakah ayat berikut betul? 11.Sila mendapat maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali.Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1.Ibu mengutip beberapa kulat sisir.
2.Kita boleh membeli barangan asli di pasar raya itu.
3. Akal yang sihat melahirkan idea yang bernas.
4. Bau tempat penyembelihan lembu sangat hanyir.
5. Dia mendapat kecederaan pada lengannya akibat terjatuh tangga.
6. Pemain yang mengalami kecederaan itu diusung keluar dari padang.
7. Kereta ayah yang rosak telah ditunda ke bengkel.
8. Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digantung tugas.
9. Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih kuat.
10. Ibu bapa harus memegang tangan anak mereka dengan kemas semasa menaiki eskalator.
11. Sila dapatkan maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali.
Tatabahasa14.11.2017

Kembali ke atas