Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[és.té.ti.ka] | ايستيتيکا

Definisi : (éstétika) cabang falsafah yg mengkaji konsep yg berkaitan dgn keindahan, cita rasa, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata estetika


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aestheticsestetikaKesenianDrama dan TeaterPiawai keindahan dalam seni persembahan seperti teater yang mengukur keupayaan pengamatan khalayak terhadap sesebuah karya drama. Estetika mula digunakan pada pertengahan kurun ke-18 oleh seorang ahli falsafah Jerman bernama Alexander Gottlieb Baumgarten (1714 − 1762). Contohnya, teori Rasa dari India yang meletakkan emosi sebagai kriteria dalam penentuan kebahagiaan yang luar biasa.
aestheticsestetikaKesenianSeni BinaSatu cabang falsafah yang berkaitan dengan keindahan dan cita rasa dalam kerja-kerja seni. Contohnya, ukiran pintu pada masjid Alhambra di Granada, Sepanyol memperlihatkan nilai-nilai estetika yang bermutu tinggi.
machine aestheticestetika mesinKesenianSeni BinaPendekatan seni bina pada awal kurun ke-20 yang menggunakan alat atau mesin untuk menghasilkan produk-produk seni bina, tidak menggunakan hiasan secara berlebihan, tetapi lebih mementingkan fungsi sesuatu bangunan. Hal ini disebabkan oleh kemunculan revolusi industri dan perkembangan teknologi yang berlaku pada masa tersebut. Mesin telah dianggap sebagai satu bentuk estetika yang sangat berharga kerana mampu menonjolkan unsur kecantikan melalui penampilan dan fungsi dengan penggunaan bahan-bahan baharu seperti logam, plastik dan cermin kaca. Reka bentuk sesebuah bangunan juga dibuat berasaskan gaya bentuk geometri yang lebih ringkas dan mudah. Ciri penting yang lain termasuklah menggabungkan keanggunan dan kesederhanaan bentuk, memaparkan struktur dinding yang bergaya dan kemas, mengehadkan penggunaan dinding bagi membolehkan penyusunan semula struktur dan penggunaan tingkap bersaiz yang besar.
aestheticsestetika/estetikKesenianTiadaTiada
experimental aestheticsestetika eksperimenKesusasteraanTiadaTiada
environmental aestheticestetika alam sekitarLandskapTiadaCabang falsafah yang berkaitan dengan hal ehwal keindahan dalam persekitaran.
aesthetic valuenilai estetikaLandskapTiadaNilai sesuatu barang atau tempat berdasarkan curi keindahannya.
aesthetics of productionestetika produksiKesenianDrama dan TeaterUkuran nilai pada hasil persembahan sebagai suatu penentuan keindahan melalui ketepatan produksi.
empathicberempatiPsikologiPsikologi UmumKeupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain, objek semula jadi atau produk estetika. Seseorang itu dianggap berempati dengan orang lain apabila dia menyedari dan memahami perasaan, keperluan dan penderitaan mereka. Contohnya, apabila berlaku kematian, tingkah laku empati ditunjukkan melalui sokongan emosi dan sosial seperti menziarahi keluarga si mati, memberi bantuan kewangan dan ucapan takziah. Contoh empati terhadap objek semula jadi atau produk estetika adalah apabila pemandu dan penumpang kereta mencondongkan badan mereka ke hadapan semasa mendaki bukit supaya kereta yang dinaiki tidak merasa berat dalam pendakian itu.
figurativefiguratifKomunikasiTiadaUnsur-unsur yang simbolik dan mengandungi nilai estetika.
12345

Kembali ke atas