Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ter] | ايتر

Definisi : (éter) (Kim) 1. cecair mudah terbakar, meruap, digunakan sbg pelarut dan ubat bius; 2. sebatian organik yg diterbitkan drpd alkohol dgn menyingkirkan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ter] | ايتر

Definisi : /éter/ 1 gas yg dianggap memenuhi ruang angkasa luar. 2 cecair yg dibuat drpd alkohol dan digunakan utk ubat bius. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eter


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kloroformchloroformCecair tidak berwarna yang mempunyai bau eter yang khas. Kloroform merupakan bahan anestetik, pelarut untuk lemak, minyak, resin, getah dan bahan lain.Menengah Rendah
asid asetikacetic acidAsid yang tidak berwarna, berbau sengit, dan bersifat mengkakis, larut campur dalam air, alkohol dan eter. Ia digunakan sebagai cuka. Formulanya, CH3COOH.Menengah Atas
benzenabenzeneSebatian hidrokarbon aromatik, berbentuk cecair, tidak berwarna, mudah terbakar, bersifat karsinogen, larut campur di dalam alkohol, karbon tetraklorida, eter, aseton, dan asid asetik, tetapi larut sedikit di dalam air. Formulanya, C6 H6.Menengah Atas
gliserolglycerolCecair likat, jernih, takat beku 18°C, takat didih 290°C, larut dalam air dan alkohol tetapi tidak larut dalam eter, benzena dan kloroform. Gliserol digunakan untuk membuat plastik.Menengah Rendah
etanolethanolSejenis alkohol yang berbentuk cecair, tidak berwarna, takat didih 78°C, takat beku -117°C dan larut campur dalam air, kloroform, aseton dan eter. Etanol digunakan sebagai pelarut organik dan untuk membuat bahan organik lain seperti etena.Menengah Rendah
nikotinanicotineSebatian yang berbentuk cecair likat yang tidak berwarna tetapi bertukar menjadi warna perang apabila terdedah kepada udara dan takat didih 247°C. Nikotina terdapat semula jadi dalam tembakau dan larut dalam air, alkohol, kloroform dan eter. Nikotina boleh menyebabkan ketagihan.Menengah Rendah

Kembali ke atas