Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ter] | ايتر

Definisi : (éter) (Kim) 1. cecair mudah terbakar, meruap, digunakan sbg pelarut dan ubat bius; 2. sebatian organik yg diterbitkan drpd alkohol dgn menyingkirkan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ter] | ايتر

Definisi : /éter/ 1 gas yg dianggap memenuhi ruang angkasa luar. 2 cecair yg dibuat drpd alkohol dan digunakan utk ubat bius. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eter


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ETER

Eter, dalam kimia ialah cecair tidak berwarna,

sangat mudah terbakar, dan mempunyai bau

wangi yang kuat. Wap eter menyebabkan orang

yang menghiduinya tidak sedarkan diri. Bertahun-tahun

lamanya ia digunakan sebagai anestetik am

semasa melakukan pembedahan.

UMUM 
ETER MAHKOTA

Eter mahkota, polieter siklik yang ditemui oleh Charles Pedersen pada tahun 1967.

KIMIAProses/Tindak Balas
MORTON, WILLIAM THOMAS GREEN

Morton, William Thomas Green (1819–

1868), doktor gigi Amerika yang membuat

demonstrasi awam yang pertama tentang eter

pada tahun 1846. Crawford W. Long

menggunakan eter ketika melakukan

pembedahan pada tahun 1842, tetapi dia tidak

menerbitkan penemuannya sehingga tahun 1849

(lihat Long, Crawford Williamson).

UMUM 
MINYAK

Minyak. Sebarang bahan bergris yang tidak larut

dalam air tetapi boleh dilarutkan dalam eter

dikelaskan sebagai minyak. Terdapat pelbagai jenis

minyak. Kebanyakannya lebih ringan daripada air

dan menjadi cecair pada suhu bilik. Beberapa

contoh minyak yang lain, seperti lemak haiwan dan

lemak mentega, beku pada suhu bilik.

UMUM 

Kembali ke atas