Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ter] | ايتر

Definisi : (éter) (Kim) 1. cecair mudah terbakar, meruap, digunakan sbg pelarut dan ubat bius; 2. sebatian organik yg diterbitkan drpd alkohol dgn menyingkirkan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ter] | ايتر

Definisi : /éter/ 1 gas yg dianggap memenuhi ruang angkasa luar. 2 cecair yg dibuat drpd alkohol dan digunakan utk ubat bius. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eter


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
etereterKimiaTiadaKumpulan sebatian organik yang mempunyai kumpulan –O- di dalam molekulnya dan mempunyai formula am R-OR’ (R = R’ atau R ≠ R’ dengan R sebagai kumpulan alkil atau aril). Eter berbentuk cecair atau pepejal, kecuali dimetil eter, CH3OCH3, yang berbentuk gas. Kumpulan sebatian ini merupakan sebatian yang mudah terbakar dan mudah terbakar dan mudah meruap. Eter diperoleh daripada alkohol dengan menyingkirkan air melalui penggunaan asid sulfurik pada suhu 140oC, atau secara penghidratan alkena dengan menggunakan mangkin. Eter digunakan untuk membuat polimer, etilena oksida, dietilena glikol dan polieter. Misalnya, dietil eter, C2H5OC2H5 dan metil etil eter, CH3OC2H5.
pristanepristanaGeologiTiadaCecair yang larut di dalam pelarut organik seperti eter, petroleum eter, benzena, kloroform, dan karbon tetraklorida; C19 H40.
petroleum etherpetroleum eterKimiaTiadaHidrokarbon alifatik peringkat rendah yang bertakat didih 30 - 120°C, mudah terbakar dan tidak berwarna. Hidrokarbon alifatik ini sebenarnya bukan eter mengikut takrifan kimia. Petroleum eter disediakan dalam pelbagai gred melalui penyulingan petroleum. Petroleum eter yang paling lazim ialah hidrokarbon C5 dengan takat didih 40 - 60°C dan C6 dengan takat didih 60 - 80°C. Petroleum eter digunakan sebagai pelarut makmal.
nitrous ethernitrus eterKimiaTiadaSebatian organik, formula C2H5ONO, takat didih 16.4°C, berbentuk cecair mudah meruap, berwarna kuning, berbau harum, larut di dalam alkohol dan eter, mudah terbakar dan beracun. Nitrus eter disediakan melalui tindak balas etanol dan asid nitrik. Sebatian ini digunakan dalam tindak balas organik, bahan perisa sintetik dan dalam perubatan. Sin. etil nitrit.
aether vinylicusvinil eterPerubatanTiadaSebatian eter yang digunakan sebagai anestetik umum
ether dragseretan eterFizikMekanikNisbah halaju eter di dalam bahantara lut sinar berbanding dengan halaju bahantara itu sendiri bersamaan dengan t - 1/n2, n = indeks biasan bahantara itu.
etherealeter/bereterPerubatanTiada2. Berkaitan, disediakan, mengandungi atau menyerupai eter.
ethyl propyl etheretil propil eterKimiaTiadaEter alifatik; formula CH3CH2OCH2CH2CH3.
thiopental sodiumtiopental natriumKimiaForensikFormula kimia, C11H17N2NaO2S; nama dagang, Trapanal, Nesdonal Sodium, Intraval Sodium. Serbuk putih kekuningan, larut dalam air dan etanol, tak larut dalam eter, benzene dan petroleum eter. Tiopental natrium merupakan barbiturat yang mempunyai jangka masa tindakan yang singkat. Barbiturat ini digunakan untuk membantu tidur dan menenangkan fikiran, sebagai anestetik umum untuk prosedur pembedahan yang memerlukan masa 15 minit atau kurang, dan sebagai agen induksi untuk anestetik umum lain. Dos intravena ialah 2 mL - 3 mL larutan 2.5%. Kepekatan terapeutik ialah 1 �g/mL - 5 �g/mL, kepekatan maut ialah 10 �g/mL - 15 �g/mL.
divinyl etherdivinil eterKimiaTiadaCecair tak berwarna, larut sedikit di dalam air, larut campur dengan alkohol, aseton, eter dan digunakan untuk pembuatan bahan plastik, perubatan, CH2:CHOCH:CH2.
12345678910...

Kembali ke atas