Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ti.mo.lo.gi] | ايتيمولوݢي

Definisi : (étimologi) cabang ilmu linguistik yg mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ti.mo.lo.gi] | ايتيمولوݢي

Definisi : /étimologi/ cabang ilmu bahasa mengenai asal usul perkataan serta perubahan pd bentuk dan maknanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata etimologi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Apakah yang dimaksudkan dengan etimologi. 2) Apakah sumbangan etimologi dalam sejarah perkembangan perkataanEtimologi ialah cabang ilmu linguistik yg mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. Antara sumbangan etimologi dalam bahasa Melayu ialah mengenal pasti asal-usul kata bahasa Melayu. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. Harap maklum.Tatabahasa31.07.2008
Etimologi istilah beluncas yang mengganti istilah ulat bulu.Beluncas tidak menggantikan ulat buluBeluncas ialah sejenis ulat bulu yang suka memakan daun-daun kayu; larva serangga. Ulat bulu ialah ulat yang berbulu badannya.Istilah20.10.2018
Etimologi pemeluwapan.Salam sejahtera,

Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.10.2018
Etimologi istilah joyinah sebagai padanan swan.Padanan untuk angsa hitam ialah joyinah hitam (Cygnus atratus).Istilah16.02.2018
bagaimanakah cara untuk mengetahui etimologi sesuatu perkataan?

Etimologi adalah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata. Untuk mengetahui etimologi sesuatu perkataan, saudara perlu mahir dalam disiplin-disiplin ilmu yang berkaitan dengannya. Jika tidak, saudara hanya perlu merujuk kamus etimologi dsb.

Lain-lain26.03.2009
Etimologi anumerta.Mohon maaf, pihak DBP tidak mempunyai maklumat etimologi kata anumerta. Data lengkap tentang etimologi setiap entri tidak ada dalam sumber rujukan kami kecuali sebahagian kecil kata yang diberikan maklumat tentang asal kata dalam Kamus Dewan. Adalah lebih baik jika encik merujuk  pihak universiti/ fakulti/ para pengkaji yang membuat pengkhususan dalam cabang ilmu etimologi.Penyelidikan09.07.2018
etimologi perkataan 'baik' dalam bahasa melayu?Etimologi kata Baik - Berdasarkan Daftar Kata Bahasa Melayu Lama, Sumber: Sejarah Melayu, asal usul kata baik ialah memuaskan hati,dari segi rupa, mutu atau kegunaan, elok dll). Kedua: Baik- iya (menyatakan kegunaan atau persetujuan). Untuk makluman saudara juga, fakta yang telah dikemukakan oleh Pakar Etimologi iaitu Prof.Dr.Harimurti Kridalaksana, 'baik' berasal dari bahasa Melayu untuk kedua-dua maksud yang telah dikemukakan. Terima kasih.Makna19.01.2007
Adakah DBP tahu etimologi 'ilhak'? Kata terbitannya 'mengilhakkan' dan 'pengilhakan'.Salam sejahtera,

Mohon maaf, pihak DBP tidak mempunyai maklumat etimologi kata ilhak. Data lengkap tentang etimologi setiap entri tidak ada dalam sumber rujukan kami kecuali sebahagian kecil kata yang diberikan maklumat tentang asal kata dalam Kamus Dewan. Walaubagaimanapun, pihak DBP mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak tuan kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP.
Lain-lain28.07.2020
Apakah maksud etimologi dan cara penggunaanya?Soalan terlalu umum atau kurang difahami. Mohon perincikan atau kecilkan skop soalan untuk memudahkan pihak kami membantu tuan/puan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Untuk makluman tuan/puan juga, terdapat pelbagai makalah atau tesis yang bersesuaian untuk dijadikan rujukan melalui laman web http://etesis.dbp.gov.my/.Lain-lain09.08.2022
Assalamualaikum, Apakah etimologi perkataan pamer? Mengapa ia apabila menerima imbuham "mem-" menjadi mempamerkan dan memamerkan? Terima kasih didahulukan.Kata pamer ialah kata serapan daripada bahasa Indonesia. Oleh itu apabila mendapat imbuhan meN, perkataan pamer kekal menjadi pempamer.
Lain-lain08.12.2016
123456789

Kembali ke atas