Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ét.no.bo.ta.ni] | ايتنوبوتاني

Definisi : (étnobotani) kajian tentang pengetahuan dan adat resam sesuatu suku bangsa yg berkaitan dgn tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata etnobotani


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ethnobotanyetnobotaniSosiologiTiadaTiada
EthnobotanyEtnobotaniPertanianTiadaBidang yang mengkaji tentang tumbuhan yang berguna kepada manusia. Bidang ini menghuraikan taksonomi pokok, bahagian yang digunakan, kaedah disediakan dan tujuan penggunaan tumbuhan. Tumbuhan tersebut digunakan dalam bidang perubatan, pakaian, makanan, pertukangan, pembinaan, alatan, kosmetik, perhiasan diri, kawalan serangga, bahan pewarna dan upacara keagamaan.
ethnobotanyetnobotaniHerbaBotani dan BioteknologiBidang yang mengkaji tumbuhan yang berguna kepada manusia. Bidang ini menghuraikan taksonomi pokok, bahagian yang digunakan, kaedah yang disediakan dan tujuan penggunaan tumbuhan. Tumbuhan tersebut digunakan dalam bidang perubatan, pakaian, makanan, pertukangan, pembinaan, alatan, kosmetik, perhiasan diri, kawalan serangga, bahan pewarna dan upacara keagamaan.
ethnobotanyetnobotaniHerbaFitokimiaBidang kajian mengenai tumbuhan yang digunakan dalam kehidupan kumpulan etnik tertentu. Maklumat daripada kajian ini boleh digunakan sebagai petunjuk untuk menemui bahan atau sebatian yang bermanfaat dan bernilai. Contohnya, pokok mengkudu (Morinda citrifolia) asalnya digunakan oleh masyarakat di kepulauan Jawa untuk menghasilkan pewarna merah bagi mewarnakan kain batik. Pokok ini mengandungi sebatian berwarna merah alizarin yang kini telah pun dihasilkan secara sintetik.
ethnobotanyetnobotaniHerbaPemiawaianBidang kajian tentang tumbuhan yang digunakan secara tradisi dalam kehidupan kumpulan etnik tertentu, khususnya untuk merawat sebarang penyakit. Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini boleh digunakan sebagai petunjuk untuk menemui bahan atau sebatian yang bermanfaat dan bernilai. Sebagai contoh, pokok hempedu bumi (Andrographis paniculata) boleh digunakan untuk merawat demam.
information-based screeningpenyaringan berpandukan maklumatHerbaFitokimiaPenilaian ke atas sumber biologi bagi memilih sampel yang berkebarangkalian tinggi memberikan keputusan positif terhadap sasaran. Penilaian ini berasaskan maklumat yang relevan seperti taksonomi, kemotaksonomi, etnobotani, etnofarmakologi dan sorotan kepustakaan. Pendekatan ini biasanya diguna pakai dalam aktiviti pencarian bahan bernilai daripada sumber biologi, contohnya, mencari ubat-ubatan baru daripada tumbuhan ubatan tradisional kaum orang asli. Pendekatan ini mempunyai kelebihan dari segi peluang untuk mencapai sasaran yang tinggi. Banding penyaringan rawak.
bioprospectingbiotinjauanHerbaFitokimiaSebarang aktiviti atau usaha untuk mencari sebatian yang berguna kepada manusia seperti bahan drug baru dan bahan agrokimia daripada sumber biologi. Pelbagai pendekatan digunakan untuk menjayakan usaha ini termasuk menggunakan maklumat etnobotani, etnofarmakologi, kemotaksonomi, gabungan maklumat saintifik atau penyaringan bioaktiviti secara rambang ke atas sumber biologi tempatan.

Kembali ke atas