Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.vo.lu.si] | ايۏولوسي

Definisi : (évolusi) 1. perubahan secara beransur-ansur pd haiwan atau tumbuhan, drpd satu generasi kpd generasi lain; 2. perkembangan secara beransur-ansur, terutamanya pd bentuk yg lebih kompleks: sudah terbukti bahawa sesuatu masyarakat itu menerima perubahan, sama ada secara ~ atau revolusi; berevolusi berkembang secara beransur-ansur: bulu dikatakan berasal drpd struktur epidermis yg ~ drpd sisik reptilia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.vo.lu.si] | ايۏولوسي

Definisi : /évolusi/ perkembangan atau pertumbuhan secara beransur-ansur dan perlahan-lahan. berevolusi berkembang secara beransur-ansur dan perlahan-lahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata evolusi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya manakah ayat yang betul untuk perkataan ini.MASYARAKAT MEMACU KEMAJUAN SESUATU EVOLUSI TEKNOLOGI atau EVOLUSI TEKNOLOGI MEMACU KEMAJUAN SESUATU MASYARAKAT atau ada ayat lain yang boleh membentuk ayat yang lebih sempurna dari perkataan perkataan diatas.terimakasih.

Kedua-dua ayat yang dikemukakan adalah betul, bergantung pada maksud dan perkara yang ingin diutamakan.

Tatabahasa21.05.2011
EVOLUSI TEKNOLOGI PEMACU KEMAJUAN SESUATU MASYARAKATEVOLUSI TEKNOLOGI MEMACU KEMAJUAN MASYARAKATLain-lain23.05.2011
maksud evolusi pengurusan dan maksud pendekatan saintifikEvolusi pengurusan bermakna perubahan atau perkembangan yang berlaku dalam kaedah mengurus. Manakala pendekatan saintifik ialah kaedah/cara/langkah-langkah yang dijalankan menurut kaedah/prinsip sains.Makna08.10.2006
Apakah terjemahan tepat untuk tema berikut : Evolving to Lead terjemahan : 1. Evolusi untuk Menerajui 2. Berkembang untuk Menerajui 3. Berubah untuk Menerajui Terima kasihKami berpandangan cadangan terjemahn yang sesuai ialah "Berkembang untuk Menerajui", walau bagaimanpun perlu disemak semula dengan maksud keseluruhan konteks yang dibincangkan.Sastera14.04.2015
mencari ayat yang tepat bagi 6 perkataan : masyarakat memacu kemajuan teknologi evolusi sesuatu

Saudara boleh merujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tulis perkataan masyarakat dalam ruangan cari, saudara akan memperoleh dapatan daripada kamus dan setiap entri perkataan lazimnya disertakan contoh ayatnya seperti masyarakat, Masyarakat tradisional ialah masyarakat yang mengamalkan cara hidup turun-temurun. Untuk perkataan lain, sila ulangi langkah yang dinyatakan.

 

Tatabahasa22.05.2011
Salam sejahtera, 1. Apakah golongan kata bagi perkataan 'saran'? (Kamus Dewan (ed.4) tidak menunjukkan maklumat ini). 2. Antara definisi KD utk 'saran' (I) ialah 'cadangan' atau 'pendapat'. Saya andaikan definisi tersebut sama spt dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) utk 'saran' yg KBBI kategorikan sbg kata nama. Mohon klarifikasi dari pihak DBP sekiranya penggunaan 'saran' sebagai kata kerja dlm akhbar [contoh: 'TPM saran pelajar teroka bidang baru utk cipta kejayaan' (Utusan, 19/3/2010) atau 'Isteri PM saran ambil iktibar negara bergolak' (Utusan, 22/3/2010)] salah, betul, atau dibenarkan sbg kata kerja untuk tajuk berita. Sekiranya penggunaan 'saran' (dan bukan 'menyarankan') sbg kata kerja semakin popular, mungkin BM dapat menerima evolusi bahasa tersebut? Terima kasih.Saran ialah kata nama bermaksud pendapat yang dikemukakan untuk dipertimbangkan atau usul. Perkataan menyarankan pula menjadi kata kerja yang bermaksud  mengemukakan se­sua­tu pen­dapat; memberi saran; atau memberi usul. Ada kata kerja yang tidak memerlukan imbuhan seperti makan, minum dan tidur. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat perkataan saran digunakan untuk laras bahasa akhbar sahaja tetapi penggunaan yang betul dari segi tatabahasa adalah dengan meletakkan imbuhan menjadi menyarankan.Tatabahasa22.04.2010
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH.

Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris,  cth. menangguhkan penyelenggaraan pro-

                                                   jek; iii.  memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar.

Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. 

Tatabahasa07.03.2009

Kembali ke atas