Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.brik] | فبريک

Definisi : kain yg dibuat drpd benang dgn cara menenun dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.brik] | فبريک

Definisi : kain yg dibuat drpd benang yg ditenun dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fabrik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin menyemak terjemahan yang sesuai untuk fabrik "heather"iaitu sejenis fabrik berwarna yang dicampurkan poliester hitam atau putih. Mana yang lebih sesuai? Fabrik corak rintik, fabrik corak belang-belang atau fabrik corak capuk. Terima kasih.Perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun demikian, berdasarkan konsep yang diberikan, kami mencadangkan fabrik heather diterjemahkan kepada fabrik rintik atau fabrik kurik.Penyemakan dan penterjemahan10.08.2018
Adakah penggunaan ini betul? FIESTA FABRIK PENGANTINKami cadangkan nama program tersebut ditukarkan kepada KARNIVAL FABRIK PENGANTINLain-lain14.07.2022
Apakah terjemahan (direct translation) untuk perkataan 'breathable' yang merujuk kepada jenis kain atau fabrik yang membolehkan kulit 'bernafas'? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "breathable"dalam bahasa Melayu. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah14.04.2017
Untuk skrip pengiklanan televisyen. Perkataan Cotton dan Jacquard. Perlu di Melayukan atau tidak? Dalam dunia fabrik, perkataan yang biase disebut Swiis Cotton, Japanese Cotton.Perkataan Cotton dan Jacquard perlu diterjemah dalam bahasa Melayu untuk paparan awam. Dalam bahasa Melayu, Cotton bermaksud kain kapas dan Jacquard dikekalkan perkataan yang sama. Contoh: Kain Kapas Swiss, Kain Kapas JepunIstilah17.02.2022
Apakah terjemahan untuk perkataan "skirting", iaitu hiasan di keliling meja, biasanya untuk majlis-majlis keramaian?Perkataan skirting boleh digunakan dan terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Definisi skirting dalam Kamus Dewan ialah fabrik untuk hiasan pada tepi keliling meja, pentas dan sebagainya yang biasanya berlisu.Istilah07.10.2011
saya memerlukan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "breathable fabric" dalam bahasa melayu. terima kasih.

Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi  "breathable fabric" ialah “fabrik lut udara”.

Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Penyemakan dan penterjemahan24.07.2023
Soalan ini mengenai keupayaan jenis kain, iaitu 'breathable'. Bolehkah saya menterjemahkan 'Breathability is the ability of a fabric to allow moisture vapor to be transmitted through the material' kepada 'Kebolehnafasan adalah keupayaan kain dalam membolehkan lembapan wap dipancar melalui kain tersebut'. Jadi, bolehkah saya terjemah 'breathable cloth' sebagai 'kain boleh nafas'? Terima kasih.

Salam Sejahtera.  Kami mencadangkan terjemahannya adalah seperti yang berikut:

Kebolehnafasan ialah keupayaan kain/fabrik untuk memindahkan wap air melalui bahan tersebut.

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan03.10.2017

Kembali ke atas