Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.brik] | فبريک

Definisi : kain yg dibuat drpd benang dgn cara menenun dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.brik] | فبريک

Definisi : kain yg dibuat drpd benang yg ditenun dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fabrik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN PENGAIT

Mesin pengait ialah alat untuk membuat fabrik

berkait. Sebagaimana mengait tangan, mesin

pengait menghasilkan fabrik dengan membentuk

gelung pada benang dan merangkaikannya antara

satu dengan yang lain dengan menggunakan jarum.

Bagaimanapun, mesin pengait menggunakan

banyak jarum dan dapat mengait daripada 100 000

jahitan hingga lebih daripada tujuh juta jahitan

dalam tempoh seminit. Mesin pengait membuat

pelbagai jenis fabrik daripada kain renda yang halus

hinggalah kepada ambal yang berat. Hasil fabrik

berkait yang lain, termasuk hosiery pelbagai jenis

pakaian yang lain, dan langsir.

UMUM 
DAMASK

Damask ialah sejenis gentian fabrik yang teguh,

berkilat, yang boleh ditenun daripada sebarang

serat. Bentuk jalinannya yang rata boleh dilihat

pada kedua-dua belah fabrik ini. Damask asalnya

ialah serat sutera asli yang dihasilkan di China.

Para pedagang memperkenalkan fabrik ini ke

Eropah melalui Damascus, Syria.

UMUM 
RAYON

Rayon ialah sejenis serat yang dibuat di kilang. Serat

rayon ini diperbuat daripada kayu atau kapas. Ia

digunakan dengan meluas dalam pembuatan bahan

industri serta tekstil anyaman dan tenunan untuk

pakaian dan perhiasan fabrik. Sesetengah fabrik yang

diperbuat daripada rayon diolah khas supaya kalis

haba dan digunakan dalam bahagian tertentu

pesawat angkasa lepas.

UMUM 
SULAMAN

Sulaman ialah seni menjahit hiasan di atas fabrik

atau bahan yang seumpamanya dengan

menggunakan jarum dan benang. Jahitan itu boleh

dicantum untuk dijadikan pelbagai corak, termasuk

bunga, binatang, manusia, dan corak abstrak. Corak

dilukis di atas fabrik, dan kemudian disulam, atau

corak direka semasa menyulam.

UMUM 
RENDA

Renda ialah fabrik hiasan yang terdiri daripada

corak benang berupa kain net yang terbuka. Renda

yang paling halus diperbuat daripada benang

linen, tetapi kapas, sutera, bulu bebiri, serat

buatan, malah benang emas dan perak juga turut

digunakan. Reka bentuk pada kebanyakan jenis

renda, terdiri daripada corak bunga atau daun.

Reka bentuk yang lain mempunyai corak haiwan,

bentuk manusia dan benda-benda seperti tiang

dan skrol. Kebanyakan renda digunakan untuk

menghias pakaian dan untuk membuat barang-barang

perhiasan untuk rumah dan gereja.

UMUM 
DENIM

Denim ialah sejenis fabrik yang kuat yang

biasanya digunakan untuk membuat jeans dan

pakaian lasak. Ia diperbuat daripada kain kapas

dan gentian tiruan ataupun dicampurkan kedua-duanya

sekali.

UMUM 
SATIN

Satin ditenun dengan benang pakan (benang

melintang) tidak menyilang benang lungsin (benang

memanjang) sekerap tenunan kain jenis lain. Satin

tidak mempunyai corak serong yang nyata. Malahan

fabrik ini licin dan berkilat. Satin juga merujuk

kepada fabrik sutera, nilon, rayon dan kapas dengan

tenunan satin.

UMUM 
AMBAL DAN PERMAIDANI

Ambal dan permaidani ialah fabrik yang

digunakan sebagai hamparan. Ia menambah

kecantikan, keselesaan, dan kehangatan kepada

bilik dan ia membantu menyerap bunyi. Ambal

hanya menutupi sebahagian daripada lantai bilik

dan tidak dilekatkan. Permaidani menutupi

keseluruhan lantai dan dipakukan atau dilekatkan.

UMUM 
SWISS

Swiss ialah kain kapas halus, jarang yang pertama

kali dibuat di Switzerland. Fabrik ini juga boleh jadi

campuran serat kapas dengan serat sintetik. Swiss

boleh jadi kosong atau bercorak atau mungkin

mempunyai titik-titik yang ditenun atau ditampal. Ia

boleh diproses supaya tetap keras selepas dibasuh.

Swiss digunakan untuk membuat pakaian, apron

dan langsir.

UMUM 
KAPAS

Kapas ialah serat tumbuhan yang paling meluas

digunakan. Serat kapas ditenun menjadi fabrik

yang lembut, kuat, mudah menyerap untuk

membuat pakaian, cadar, permaidani, alas meja,

dan benda-benda lain.

UMUM 
12

Kembali ke atas