Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fail] | فاءيل

Definisi : 1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dsb disimpan secara tersusun: surat-surat itu disimpannya hati-hati dlm ~; 2. maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dsb; 3. (Komp) sekum­pulan data atau maklumat yg berkaitan dsb yg mempunyai nama tertentu dan dianggap sbg suatu unit storan;berfail-fail beberapa banyak fail: dia perlu menyemak ~ surat yg ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti; memfailkan 1. memasukkan ke dlm fail, menyimpan dlm fail: tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan; 2. mengemukakan sesuatu (permohonan, aduan dsb) secara rasmi supaya dapat didaftarkan: kami akan ~ notis utk mendapatkan satu tarikh perbicaraan; dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah Alam;pemfailan proses (perbuatan dsb) memfailkan: sistem ~ juga lebih baik kerana semuanya tersimpan di dlm komputer; ~ surat penting harus dibuat secara sistematik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fail] | فاءيل

Definisi : 1 tempat menyimpan surat-surat dll secara tersusun (biasanya dibuat drpd kertas tebal): Mana ~ ttg tuntutan kerja lembur itu? 2 sekumpulan data atau maklumat yg disimpan dlm komputer, yg berkaitan dan mempunyai nama atau rujukan tertentu, dan dianggap sbg satu unit. ~ aktif ist a. fail komputer yg sedang digunakan. b. fail komputer yg sering dirujuk. ~ sandar ist salinan fail (komputer) yg boleh digunakan utk menggantikan fail utama yg rosak, hilang atau terpadam. memfailkan 1 memasukkan (surat-surat dll) ke dlm fail; menyimpan di dlm fail: Kerani itu ~ semua surat yg diterimanya. 2 mengemukakan permohonan, dakwaan dsb secara rasmi utk direkodkan oleh pihak berkuasa tertentu: Dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu. pemfailan perbuatan atau proses memfailkan sesuatu: Sistem ~ di pejabatnya cukup teratur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fail


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud fail timbul?Fail timbul atau fail terapung ialah fail yang mengandungi salinan surat daripada fail induk atau fail asal. Fail ini digunakan oleh ketua atau pegawai berkenaan sebagai rujukan untuk mengambil tindakan tanpa perlu menggunakan fail induk. Dalam bahasa Inggeris fail ini dinamai floating file.    Lain-lain18.11.2008
SAYA HENDAK TANYA PERKATAAN FAIL MEMAIL ATAU FAIL MEMFAILPerkataan yang betul ialah fail-memfail. Perkataan fail apabila menerima imbuhan meN menjadi memfail. Kata fail-memfail ialah kata ganda dan  dieja dengan tanda sempang. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Ejaan01.04.2009
Salam, saya bekerja di sektor kerajaan dan bertugas menjaga fail sulit (hijau) dan fail biasa (putih). Bolehkah tuan membezakan penggunaan KLT. (Kulit) dan JLD. (Jilid). Apa yang saya praktikkan sekarang mengikut fail asal. kalau KLT. saya gunakan apabila fail hijau ditutup dan fail seterusnya menjadi KLT.2 apabila ditutup menjadi KLT.3 dan sekiranya fail putih ditutup dan fail seterusnya menjadi JLD.2 apabila ditutup menjadi JLD.3.Soalan saudara tidak berkaitan dengan bahasa, sila kemukakan soalan kepada bahagian yang berkenaan.Lain-lain19.07.2010
Ayat yang manakah ayat yang gramatis? A) Setelah selesai majlis hari jadi pada pagi tadi mereka terus pulang. B) Di dalam bilik itu terdapat susunan fail - fail pejabat yang teratur.Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan dan gramatis.Tatabahasa15.11.2013
Nak tanya...lampiran fail atau lampirkan fail? dua dua boleh kan? :-)Kedua-duanya betul bergantung pada konteks penggunaan. Lampiran fail ialah kata nama manakala lampirkan fail merupakan kata kerja.Tatabahasa29.05.2014
Antara ayat yang berikut yang manakah betul tatabahasanya? 1. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan dalam fail. 2. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan dalam fail. 3. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan ke dalam fail. 4. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan ke dalam fail. 5. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan di dalam fail. 6. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail. Sekian, terima kasih.

Ayat yang gramatis ialah "Ali mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail".

Tatabahasa12.09.2011
Fail bagi permohonon lesen syarikat saya ke MBSA telah ditolak kerana pada SIJIL PENGESAHAN BAHASA dibahagian ilustrasi/gambar tidak terdapat gambar yang telah saya upload ketika membuat permohonan pada DBP. Diharap pihak DBP dapat membantu saya dalam mencetak gambar pada SIJIL PENGESAH BAHASA ini. terima kasih.Sila hantar semula permohonan dan lampirkan visual selepas "Teks dalam permohonan". Dalam Butiran Permohonan, terdapat  "Teks dalam permohonan" kemudian  terdapat perkataan "Lampiran" (Lampirkan visual di sini )Lain-lain05.10.2015
Apakah padanan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris "torrent", "seeder", "leecher" (semuanya kata nama) dalam bidang teknologi maklumat? Saya masukkan maklumat lanjut ke dalam fail "torrent.rtf" di bahagian "Lampiran fail" dan berharap fail tersebut dibaca sebelum soalan ini dijawab. Saya terpaksa masukkan ke dalam fail kerana keseluruhan soalan beserta penerangan tersebut telah melebihi 1500 perkataan.Belum ada padanan bagi kata torrent, seeder dan leecher dalam pangkalan data kami. Berdasarkan konsep kata nama tersebut, seeder ialah pemuat naik bahan, leecher ialah orang yang berkongsi maklumat dalam perisian torrent. Dalam penulisan, ketiga-tiga tersebut perlu diitalikkan ejaannya.Istilah03.05.2015
Selamat petang, Soalan saya,Saya sebagai guru tadika ingin tahu pada masa kini,Bahasa Malaysia diajar melalui sebutan atau diajar melalui suku kata. Contohnya perkatan durian, fail dan buah-buahan. Adakan ejaannya seperti berikut:-du+ri+an / fa+il / bu+ah-bu+ah+an atau du+rian / fail + buah+bua+han. Saya mendapati bahawa kebanyakan penerbitan mempunyai suku kata atau ejaan yang berlainan. Dimana saya boleh mendapat sebuah buku ejaan terkini yang betul, sila beritahu secepat mungkin. Beribuan terima kasih atas pertolongan tuan/puan.Lazimnya, murid tadika diajar pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan. Oleh itu pemenggalan berdasarkan sebutan untuk durian = du + rian, fail = fail,  buah-buahan = buah+bua+han. Saudara boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP tahun 2008 untuk tujuan tersebut.  Istilah17.03.2010
Saya baru mendapati bahawa hanya lampiran fail dalam format .doc dan .txt diterima. Dalam soalan lepas, saya telah melampirkan fail format .docx. Jadi, saya akan melampirkan fail .doc. Soalan asal: Hi, cikgu baru berunding tentang jawapan-jawapan sebuah ujian kecil. Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat kesimpulan tentang jawapan beberapa soalan. Yang dilampirkan ialah ujian penuh. Tolong memberikan jawapan dan juga penjelasan soalan jika boleh. Harap DBP dapat membantu kaimi.Pihak kami telah memberikan jawapan kepada 2 soalan yang sama sebelum ini   Mohon rujuk jawapan kami.Lain-lain17.02.2014
12345678910...

Kembali ke atas