Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fail] | فاءيل

Definisi : 1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dsb disimpan secara tersusun: surat-surat itu disimpannya hati-hati dlm ~; 2. maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dsb; 3. (Komp) sekum­pulan data atau maklumat yg berkaitan dsb yg mempunyai nama tertentu dan dianggap sbg suatu unit storan;berfail-fail beberapa banyak fail: dia perlu menyemak ~ surat yg ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti; memfailkan 1. memasukkan ke dlm fail, menyimpan dlm fail: tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan; 2. mengemukakan sesuatu (permohonan, aduan dsb) secara rasmi supaya dapat didaftarkan: kami akan ~ notis utk mendapatkan satu tarikh perbicaraan; dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah Alam;pemfailan proses (perbuatan dsb) memfailkan: sistem ~ juga lebih baik kerana semuanya tersimpan di dlm komputer; ~ surat penting harus dibuat secara sistematik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fail] | فاءيل

Definisi : 1 tempat menyimpan surat-surat dll secara tersusun (biasanya dibuat drpd kertas tebal): Mana ~ ttg tuntutan kerja lembur itu? 2 sekumpulan data atau maklumat yg disimpan dlm komputer, yg berkaitan dan mempunyai nama atau rujukan tertentu, dan dianggap sbg satu unit. ~ aktif ist a. fail komputer yg sedang digunakan. b. fail komputer yg sering dirujuk. ~ sandar ist salinan fail (komputer) yg boleh digunakan utk menggantikan fail utama yg rosak, hilang atau terpadam. memfailkan 1 memasukkan (surat-surat dll) ke dlm fail; menyimpan di dlm fail: Kerani itu ~ semua surat yg diterimanya. 2 mengemukakan permohonan, dakwaan dsb secara rasmi utk direkodkan oleh pihak berkuasa tertentu: Dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu. pemfailan perbuatan atau proses memfailkan sesuatu: Sistem ~ di pejabatnya cukup teratur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fail


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
activity (aktiviti) 1. Keadaan berlakunya pengendalian sesuatu tugas dalam sistem. active current activity Kamus Sains.indb 15 7/8/08 11:45:21 AM 16 2. Keadaan rekod di dalam fail utama yang sedang digunakan, diubah atau dirujuk. 3. Unit kerja yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat sesuatu projek perkakasan atau perisian. (KOM) activity diagram (gambar rajah aktiviti) Gambar rajah yang ini, kotak digunakan untuk menunjukkan proses tersendiri dan anak panah digunakan untuk menunjukkan kekangan atau mekanisme yang digunakan. Singkatan actigram. (KOM) activity ratio (nisbah keaktifan) 1. Nisbah jumlah rekod dalam fail yang mempunyai keaktifan berbanding dengan jumlah keseluruhan rekod dalam fail. 2. Nisbah jumlah kerja dalam suatu masa bagi projek perkakasan atau peri- sian. (KOM) actomyosin (aktomiosin) Sejenis kompleks protein pada

Kembali ke atas