Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fail] | فاءيل

Definisi : 1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dsb disimpan secara tersusun: surat-surat itu disimpannya hati-hati dlm ~; 2. maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dsb; 3. (Komp) sekum­pulan data atau maklumat yg berkaitan dsb yg mempunyai nama tertentu dan dianggap sbg suatu unit storan;berfail-fail beberapa banyak fail: dia perlu menyemak ~ surat yg ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti; memfailkan 1. memasukkan ke dlm fail, menyimpan dlm fail: tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan; 2. mengemukakan sesuatu (permohonan, aduan dsb) secara rasmi supaya dapat didaftarkan: kami akan ~ notis utk mendapatkan satu tarikh perbicaraan; dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah Alam;pemfailan proses (perbuatan dsb) memfailkan: sistem ~ juga lebih baik kerana semuanya tersimpan di dlm komputer; ~ surat penting harus dibuat secara sistematik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fail] | فاءيل

Definisi : 1 tempat menyimpan surat-surat dll secara tersusun (biasanya dibuat drpd kertas tebal): Mana ~ ttg tuntutan kerja lembur itu? 2 sekumpulan data atau maklumat yg disimpan dlm komputer, yg berkaitan dan mempunyai nama atau rujukan tertentu, dan dianggap sbg satu unit. ~ aktif ist a. fail komputer yg sedang digunakan. b. fail komputer yg sering dirujuk. ~ sandar ist salinan fail (komputer) yg boleh digunakan utk menggantikan fail utama yg rosak, hilang atau terpadam. memfailkan 1 memasukkan (surat-surat dll) ke dlm fail; menyimpan di dlm fail: Kerani itu ~ semua surat yg diterimanya. 2 mengemukakan permohonan, dakwaan dsb secara rasmi utk direkodkan oleh pihak berkuasa tertentu: Dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu. pemfailan perbuatan atau proses memfailkan sesuatu: Sistem ~ di pejabatnya cukup teratur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fail


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kabinet II(kabinét) 1. almari kecil yg bertingkat atau berlaci tempat menyimpan dokumen, surat dan barang-barang berharga, dsb: Saidin berdiri mengambil fail-fail dr dlm ~; 2. sj perabot (spt almari dsb) tempat menyimpan pinggan mangkuk dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
nama fail(file name)Label atau gelaran yang terdiri daripada perkataan terhad yang digunakan untuk membezakan fail tersebut daripada fail lain. Nama fail ini biasanya mempunyai beberapa medan untuk memberitahu kedudukan, taraf, dan jenis fail tersebut.Kamus Komputer
fail boleh diakaun(accountable file)Fail komputer yang akan diambil kira apabila penilaian penggunaan sistem dibuat. Contoh fail ini ialah fail kekal yang memegang teks yang tersimpan dalam cakera sistem. Fail sementara tidak dikira.Kamus Komputer
penyenggaraan fail(file maintenance)Proses mengemaskinikan fail dengan menambah, membuang, atau menukarkan data dalam fail atau mengubahkan taraf fail.Kamus Komputer
fail gendong(piggyback file)1. Fail yang hujungnya boleh ditambah dengan rekod tanpa membuka keseluruhan fail atau mengambil ruang storan tambahan. 2. Fail kecil yang dicantumkan pada fail utama.Kamus Komputer
sandar fail(file backup)1. Salinan fail yang boleh digunakan untuk menggantikan fail utama yang rosak, hilang, atau terpadam. 2. Tindakan mempenduakan fail utama untuk membolehkan lebih daripada satu salinan wujud bagi sesuatu fail. Tindakan ini dilakukan sebagai langkah keselamatan.Kamus Komputer
fail perincian(detail file)Fail yang mengandungi maklumat, yang lebih berbentuk sementara atau semasa, seperti rekod urus niaga perseorangan pada sesuatu ketika. Sinonim fail urus niaga. Bandingkan fail induk.Kamus Komputer
fail aktif(active file)Fail, antara beberapa fail terbuka, yang sedang digunakan oleh pemproses untuk menulis atau membaca kandungannya.Kamus Komputer
fail cakera(disk file)1. Fail komputer yang diformatkan untuk kegunaan sistem cakera. 2. Fail komputer dalam bentuk cakera komputer. 3. Fail yang mengandungi senarai nama dan maklumat tentang cakera.Kamus Komputer
pustakawan fail(file librarian)Orang atau atur cara yang bertugas menyimpan dan menyerahkan mana-mana fail daripada kumpulan fail tersusun kepada pengguna atau atur cara yang memerlukannya.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas