Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.jar] | فجر

Definisi : 1. dinihari, subuh; ~ sidik dinihari benar, menjelang pagi; 2. cahaya kemerah-merahan di langit timur menjelang matahari terbit; ~ menyingsing (merekah) mulai pagi hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.jar] | فجر

Definisi : cahaya kemerah-merahan di langit sebelah timur sebelum matahari terbit. ~ menyingsing hari mula siang; terbit fajar. ~ sidik fajar yg menunjukkan masuk waktu subuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fajar

Puisi
 

Nampak fajar di Selat Sunda,
     Waktu pagi ayam berkokok;
Hijau jangan disangka muda,
     Sudah lama masak di pokok.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EJAAN RUMI FAJAR ASIA

EJAAN RUMI FAJAR ASIA, sistem ejaan yang digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang menggunakan sistem ejaan ini terbit pada awal tahun 1940-an, semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura.

BAHASABahasa
FAJAR ASIAFAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944.SASTERAPenerbitan
FAJAR

Fajar ialah cahaya kemerah-merahan di langit timur menjelang matahari terbit.

FIZIKKonsep
PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD

PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD., penerbit buku.  Penerbit ini ditubuhkan oleh syarikat induknya Oxford University Press (OUP).  Pejabat OUP pada mulanya ditubuhkan di Singapura (1955) dan kemudiannya di Kuala Lumpur (1957) oleh Raymond Ernest Brammah, Ketua Bahagian Buku Pelajar OUP di United Kingdom.  Penerbit Fajar Bakti menyebarluaskan matlamat liberal OUP untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan, pembelajaran dan kebudayaan melalui penerbitan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil, Thai dan Jepun.

SASTERAPenerbitan
FAJAR SARAWAK

FAJAR SARAWAK, akhbar Melayu yang pertama di Sarawak. Akhbar dalam tulisan Jawi ini mula diterbitkan pada 1 Februari 1930. Penerbitan akhbar ini adalah atas daya usaha Haji Mohammad Daud bin Abdul Ghani, Mohammad Johari bin Anang, haji Abdul Rahman bin Haji Kassim dan Mohamad bin Anang. Mereka diketuai oleh Mohamad Rakawi Yusuf, seorang pesara. Untuk menerbitkan akhbar ini mereka menubuhkan Syarikat Putera Sarawak di Tingkat 2, 45 Jalan India, Kuching.

SASTERAPenerbitan
SURAH AL-FAJR

Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat.

Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah

S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia

menyingsing di akhir kegelapan malam. Begitu

juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan

10 malam yang berkat pada akhir bulan Zulhijah,

dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil

seperti mana dalam firman Allah S.W.T. yang

bermaksud:

“Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang

genap dan yang ganjil”.

(Surah al-Fajr 89:1–3)

UMUM 
REKAMAN DARI TUJUH DAERAH

REKAMAN DARI TUJUH DAERAH, kumpulan puisi Mh. Rustandi Kartakusuma. Kumpulan puisi ini diterbitkan oleh Balai Pustaka pada tahun 1951 di Jakarta,  Indonesia. Rekaman dari Tujuh Daerah mengandungi 150 buah puisi. Puisi-puisinya dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu, ‘Tujuh Daerah Gelepur’ (14), ‘Maju Jalan’ (13), ‘Menjelang Fajar’ (14), ‘Muara di Bawah Fajar’ (15), ‘Teres dan Butir’ (10) “Laut yang Membiru’ (53) dan ‘Pasang’ (31). Pada kulit dalam pertama terdapat dedikasi ‘Kangge Mama + Ibu Waktos Ngungsi’ (Untuk Mama + Ibu Mengungsi).

SASTERAKarya
THE MALAY SOUND SYSTEM

THE MALAY SOUND SYSTEM, buku yang menghuraikan sisitem bunyi bahasa Melayu. Buku setebal 132 halaman ini ditulis oleh Yunus Maris dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. pada tahun 1980. buku ini digunakan untuk mengajar sistem sebutan bahasa Melayu di Maktab Bahasa, Kuala Lumpur. Buku ini diperlengkapkan dengan latihan untuk mengajar sebutan bahasa Melayu di Amerika Syarikat pada tahun 1962. Naskhah siklostil diterbitkan pada tahun 1966.

BAHASAPenerbitan
NYANYI SUNYI

NYANYI SUNYI, kumpulan puisi karya Amir Hamzah. Kumpulan puisi ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1937. Nyanyi Sunyi diterbitkan semula pada tahun 1963 oleh BI-Publication Limited, Kuala Lumpur dan pada tahun 1982 kumpulan ini diterbitkan pula oleh P.T. Dian Rakyat, Jakarta. Nyanyi Sunyi turut diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti pada tahun 1991. Kumpulan puisi ini memuatkan 24 buah puisi yang bertemakan ketuhanan.

SASTERAKarya
UTUSAN SARAWAK

UTUSAN SARAWAK, akhbar yang diterbitkan di Sarawak.  Utusan Sarawak yang diterbitkan pada 16 Januari 1949 bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat Melayu serta memperbaiki kepincangan ekonomi dan pendidikan.  Utusan Sarawak merupakan akhbar Melayu ketiga yang diterbitkan di Sarawak sesudah Fajar Sarawak (1930) dan Utusan Asas (1947).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas