Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fak.tor] | فکتور

Definisi : 1. unsur atau sebab yg menyumbang kpd sesuatu hasil: kekuasaan ekonomi British di negeri ini ialah ~ terbesar yg menyebabkan bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yg kukuh; 2. (Mat) nombor yg menjadi pembahagi kpd sesuatu nombor lain dgn tepat atau tanpa baki, mis 2 dan 3 adalah faktor bagi 6, atau 3 dan 5 adalah faktor bagi 15;~ pengeluaran (Eko) faktor fizikal yg digunakan utk mengeluarkan barang dan perkhidmatan, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha; ~ pertengahan pengeluaran faktor yg menghasilkan barang-barang (selain tanah dan buruh); ~ utama pengeluaran dua faktor (tanah dan buruh) yg menghasilkan barang-barang; pemfaktoran 1. (Eko) kaedah mengambil alih risiko hutang yg belum dibayar dgn mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu (biasanya oleh institusi kewangan); 2. (Mat) perbuatan mencari faktor kpd sesuatu nombor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fak.tor] | فکتور

Definisi : 1 keadaan, tenaga atau peristiwa yg mempengaruhi atau yg menyebabkan terjadinya sesuatu: Kemiskinan merupakan salah satu ~ yg menyebabkan anak-anak Melayu tidak maju dlm pelajaran. 2 ist angka penuh (bulat) yg dpt membahagikan angka-angka yg lebih besar dgn tidak berlebih: Angka-angka 2,3,4 dan 6 ialah ~ angka 12. 3 orang yg menjual barang-barang bagi pihak pengilang dgn menggunakan namanya sendiri dan memperoleh komisen; ejen. memfaktorkan ist mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). pemfaktoran ist perihal mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faktor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan berganda untuk faktor-faktor masih digunakan contohnya faktor-faktor yang mempengaruhi gaya hidup tidak sihat.Perkataan berganda "faktor-faktor" adalah betul dan boleh digunakan. Perkataan "faktor-faktor"digunakan untuk menunjukkan banyak atau jamak. Walau bagaimanapun, apabila kata ini disertai kata jamak seperti semua, banyak dan sebagainya, kata "faktor" tidak perlu digandakan atau diulang.Tatabahasa04.01.2014
antara faktor-faktor yang menyebababkan kemalangan jalan raya ialah.... adakah ''antara faktor-faktor '' adalah salah dari segi bentuk jamak, sepatutnya antara faktor kemalangan .... sila beri tunjur ajar ...terima kasihPengguaan ayat "antara faktor-faktor/antara faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya ialah...." adalah betul.Lain-lain13.04.2010
salah satu daripada faktor? atau salah satu faktor? atau salah satu daripada faktor-faktor?yang betul ialah salah satu faktorTatabahasa19.09.2007
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Kesimpulannya,terdapat banyak faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli.Faktor-faktor ini mudah mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara negatif ini.Oleh itu,ibu bapa perlu sentiasa mengawasi gerak-beri anak mereka supaya mereka tidak terlibat dalam kes buli.Selain ibu bapa,pihak lain seperti kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO) juga perlu melibatkan diri dalam usaha membanteras kes buli.Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli. Faktor-faktor ini mudah mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara negatif ini. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa mengawasi gerak-geri anak mereka supaya mereka tidak terlibat dalam kes buli. Selain ibu bapa, pihak lain seperti kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu melibatkan diri dalam usaha membanteras kes buli.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pelbagai bentuk rasuah di sektor awam menurut (Grabosky & Lamour, 2000; Transparency International, 2015) adalah: (i) rasuah; apabila pegawai awam menerima atau menerima pertimbangan wang atau bukan wang untuk melakukan tindakan (atau tidak mengambil tindakan) dan dengan berbuat demikian melakukan pecah amanah. Merujuk ayat tersebut, adakah perkataan rasuah perlu deja huruf besar bagi huruf pertama Rasuah?

Perkataan rasuah dalam perenggan tersebut perlu dieja dengan huruf kecil.

Ejaan21.11.2021
FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA BESAR DUNIAAntara faktornya termasuklah bahasa Melayu yang telah menjangkau lebih 1000 tahun kewujudannya, penuturnya lebih daripada 300 juta orang di Asia Tenggara, bahasa keempat yang dipertuturkan di dunia, lebih 70,000 orang di China dan Sri Lanka menuturkannya, dan pengajian bahasa Melayu diwujudkan di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman dan New Zealand. Selain itu, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi dalam bidang perdagangan, persuratan dan pentadbiran semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa Melayu juga mempunyai sistem yang mantap dari segi Linguistik sebagaimana bahasa-bahasa besar dunia yang lain seperti bahasa Inggeris. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku- buku sejarah bahasa Melayu dan tatabahasa bahasa Melayu yang dihasilkan oleh pakar-pakar bahasa Melayu danlayari juga laman Wikipedia bertajuk Sejarah Bahasa Melayu.Lain-lain24.09.2007
Semasa ingin menjelaskan faktor-faktor berlakunya masalah sosial, salah satu faktor yang saya berikan ialah kekurangan didikan agama dalam kalangan remaja. Bagaimanakah saya kembangkan isi tersebut? Kelemahan saya semasa menulis karangan ialah huraian dan contoh. Tajuk ini (masalah sosial) memang popular, tetapi biasanya soalan itu keluar tentang langkah-langkah mengatasi dan bukannya faktor. Bolehkan DBP bantu saya?Untuk pertanyaan yang berkaitan dengan penulisan esei dan peperiksaan sila berbincang dengan guru dan rujuk buku rujukan mata pelajaran tersebut.Tatabahasa08.04.2011
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi masalah ejaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar?Pada dasarnya,  Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar pelajar daripada IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Untuk makluman sdr. soalan yang berbentuk tugasan di luar skop perkhidmatan ini. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran untuk mencari bahan kajian dan rujukan. Lain-lain17.04.2013
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Bahasa Melayu kurang daya bersaing dengan bahasa lain di dunia dalam era kini. Apakah peranan DBP dalam memperkasakan bangsa Malaysia dalam Bahasa Melayu.

Kekuatan politik dan ekonomi memainkan peranan penting memajukan sesebuah negara termasuklah pelbagai aspek dalam negara tersebut seperti bahasa kebangsaannya. Dalam Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara. Setiap rakyat Malaysia wajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Oleh sebab itulah  pihak kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan serta pusat pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa komunikasi sosial dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan perpaduan bangsa. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa teknologi maklumat, bahasa dalam bidang ekonomi, undang-undang dan perniagaan. Dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia, pihak kerajaan terus melaksanakan program pemerkasaan bahasa Melayu dalam semua aspek kehidupan agar wujud sikap megah bahasa dan jati diri. DBP sendiri telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris -  Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi.  Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti  lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan pada setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua isu ini, sila rujuk makalah yang berkaitan.

Lain-lain01.07.2011
BAGAIMANAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN WUJUDNYA MASYARAKAT PELBAGAI BAHASA DI MALAYSIA?

Kepelbagaian kaum dalam masyarakat Malaysia memungkinkan wujudnya masyarakat pelbagai bahasa di negara ini. Untuk maklumat lanjut sila rujuk perpustakaan dan dapatkan makalah atau kertas kerja yang dibentangkan di pelbagai seminar bahasa dan linguistik. 

Lain-lain02.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas