Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fak.tor] | فکتور

Definisi : 1. unsur atau sebab yg menyumbang kpd sesuatu hasil: kekuasaan ekonomi British di negeri ini ialah ~ terbesar yg menyebabkan bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yg kukuh; 2. (Mat) nombor yg menjadi pembahagi kpd sesuatu nombor lain dgn tepat atau tanpa baki, mis 2 dan 3 adalah faktor bagi 6, atau 3 dan 5 adalah faktor bagi 15;~ pengeluaran (Eko) faktor fizikal yg digunakan utk mengeluarkan barang dan perkhidmatan, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha; ~ pertengahan pengeluaran faktor yg menghasilkan barang-barang (selain tanah dan buruh); ~ utama pengeluaran dua faktor (tanah dan buruh) yg menghasilkan barang-barang; pemfaktoran 1. (Eko) kaedah mengambil alih risiko hutang yg belum dibayar dgn mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu (biasanya oleh institusi kewangan); 2. (Mat) perbuatan mencari faktor kpd sesuatu nombor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fak.tor] | فکتور

Definisi : 1 keadaan, tenaga atau peristiwa yg mempengaruhi atau yg menyebabkan terjadinya sesuatu: Kemiskinan merupakan salah satu ~ yg menyebabkan anak-anak Melayu tidak maju dlm pelajaran. 2 ist angka penuh (bulat) yg dpt membahagikan angka-angka yg lebih besar dgn tidak berlebih: Angka-angka 2,3,4 dan 6 ialah ~ angka 12. 3 orang yg menjual barang-barang bagi pihak pengilang dgn menggunakan namanya sendiri dan memperoleh komisen; ejen. memfaktorkan ist mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). pemfaktoran ist perihal mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faktor


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Faktor-faktor sosial - budaja dalam hubungannja dengan pendidikan guruDepartmen Pendidikan dan KebudayaanTiada1970 
Belajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinyaBina AksaraTiada1987 
Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu Tiada20119789675999154
Faktor pendukung & penghabat produktivitas Tiada19879798055144
Tingkah laku pemimpin: faktor wujudulu dan sumbangannya kepada keberkesanan kepemimpinan(pengarang)Tiada1991 
Teori firma : pengeluaran dan harga faktorPenerbitan InsafTiada1980 

Kembali ke atas