Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fak.tor] | فکتور

Definisi : 1. unsur atau sebab yg menyumbang kpd sesuatu hasil: kekuasaan ekonomi British di negeri ini ialah ~ terbesar yg menyebabkan bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yg kukuh; 2. (Mat) nombor yg menjadi pembahagi kpd sesuatu nombor lain dgn tepat atau tanpa baki, mis 2 dan 3 adalah faktor bagi 6, atau 3 dan 5 adalah faktor bagi 15;~ pengeluaran (Eko) faktor fizikal yg digunakan utk mengeluarkan barang dan perkhidmatan, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha; ~ pertengahan pengeluaran faktor yg menghasilkan barang-barang (selain tanah dan buruh); ~ utama pengeluaran dua faktor (tanah dan buruh) yg menghasilkan barang-barang; pemfaktoran 1. (Eko) kaedah mengambil alih risiko hutang yg belum dibayar dgn mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu (biasanya oleh institusi kewangan); 2. (Mat) perbuatan mencari faktor kpd sesuatu nombor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fak.tor] | فکتور

Definisi : 1 keadaan, tenaga atau peristiwa yg mempengaruhi atau yg menyebabkan terjadinya sesuatu: Kemiskinan merupakan salah satu ~ yg menyebabkan anak-anak Melayu tidak maju dlm pelajaran. 2 ist angka penuh (bulat) yg dpt membahagikan angka-angka yg lebih besar dgn tidak berlebih: Angka-angka 2,3,4 dan 6 ialah ~ angka 12. 3 orang yg menjual barang-barang bagi pihak pengilang dgn menggunakan namanya sendiri dan memperoleh komisen; ejen. memfaktorkan ist mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). pemfaktoran ist perihal mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faktor


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Faktor-faktor keruntuhan ummah menurut Professor ShahnonTiadaUtusan Melayu22.12.1983
Faktor-faktor yang membentuk peribadi MuslimAli AhmadBerita Minggu13.07.1980
Apakah faktor-faktor pembukaan semula pintu ijtihad?Kassim AhmadUtusan Malaysia06.11.1984
Hamzah Fansuri dan Abdullah Kadir Munshi: faktor-faktor memartabatkankarya-karya AbdullahA. Rahim Marasidi, Mohamad KassimMingguan Watan08.12.1996
Faktor, Lapor, Lancong, Tekad, KerenahMuhammed Salehudin AmanUtusan Malaysia26.10.2006
Faktor masa bukan penentu mutu kritikanKhalid HasanBerita Minggu28.04.1985
Faktor utama buku-buku Dewan Bahasa tak digunakanJamelah BakarUtusan Malaysia14.12.1972
Faktor manusia menolak peribahanAinon MohdUtusan Malaysia10.05.1996
Faktor genetik penentu minat menulis?Mokhtar YusofMingguan Malaysia09.06.1996
Faktor bahasa dalam proses modernisasiZen, M. TIndonesia Raya08.07.1970
123456

Kembali ke atas