Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fak.tor] | فکتور

Definisi : 1. unsur atau sebab yg menyumbang kpd sesuatu hasil: kekuasaan ekonomi British di negeri ini ialah ~ terbesar yg menyebabkan bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yg kukuh; 2. (Mat) nombor yg menjadi pembahagi kpd sesuatu nombor lain dgn tepat atau tanpa baki, mis 2 dan 3 adalah faktor bagi 6, atau 3 dan 5 adalah faktor bagi 15;~ pengeluaran (Eko) faktor fizikal yg digunakan utk mengeluarkan barang dan perkhidmatan, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha; ~ pertengahan pengeluaran faktor yg menghasilkan barang-barang (selain tanah dan buruh); ~ utama pengeluaran dua faktor (tanah dan buruh) yg menghasilkan barang-barang; pemfaktoran 1. (Eko) kaedah mengambil alih risiko hutang yg belum dibayar dgn mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu (biasanya oleh institusi kewangan); 2. (Mat) perbuatan mencari faktor kpd sesuatu nombor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fak.tor] | فکتور

Definisi : 1 keadaan, tenaga atau peristiwa yg mempengaruhi atau yg menyebabkan terjadinya sesuatu: Kemiskinan merupakan salah satu ~ yg menyebabkan anak-anak Melayu tidak maju dlm pelajaran. 2 ist angka penuh (bulat) yg dpt membahagikan angka-angka yg lebih besar dgn tidak berlebih: Angka-angka 2,3,4 dan 6 ialah ~ angka 12. 3 orang yg menjual barang-barang bagi pihak pengilang dgn menggunakan namanya sendiri dan memperoleh komisen; ejen. memfaktorkan ist mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). pemfaktoran ist perihal mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faktor


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
analisis faktor(factor analysis)Kaedah yang digunakan untuk mengkaji saling tindakan antara faktor-faktor untuk menentukan faktor yang penting dan besarnya kepentingan itu.Kamus Komputer
limnologikajian tentang faktor-faktor bio­logi, fizikal dan kimia tasik.Kamus Dewan Edisi Keempat
sosiopolitikberkaitan dgn atau melibatkan faktor-faktor kemasyarakatan dan politik.Kamus Dewan Edisi Keempat
geopolitik(géopolitik) kajian tentang kesan faktor-faktor geografi terhadap politik (terutama politik antarabangsa), geografi politik.Kamus Dewan Edisi Keempat
sosioekonomi(sosioékonomi) berkaitan dgn, melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor ke­masyarakatan dan ekonomi: kajian-kajian ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
faham sosialisfaham yg menganjurkan pemilikan dan pengusahaan bersama faktor-faktor pengeluaran (biasanya oleh kerajaan);Kamus Dewan Edisi Keempat
kosmopolitan1. terdiri drpd orang atau unsur-­unsur dr seluruh dunia, bersifat sejagat (tidak terbatas kpd unsur-unsur setempat): sekarang dia tercampak ke kota ~ yg bergelut dgn berbagai-bagai ragam; berdasarkan faktor-faktor inilah beliau telah membuat kesimpulan bahawa kebudayaan ~ akan lebih menonjol dan kebudayaan yg bercorak kesukuan akan berkurangan; 2. bebas drpd prasangka kebang­saan, bersifat sejagat: dia merupakan seorang penulis ~ yg menggunakan tema universal; kekosmopolitanan segala hal yg berkaitan dgn sifat, fungsi, dll kosmopolitan.Kamus Dewan Edisi Keempat
fenologi(fénologi) kajian tentang sesuatu fenomena pd organisma berhubung dgn faktor iklim dan faktor lain, mis perpindahan burung disebabkan oleh faktor iklim, dan pembungaan yg berlaku pd masa tertentu dlm setahun atau sehari.Kamus Dewan Edisi Keempat
faktor pertengahan pengeluaranfaktor yg menghasilkan barang-barang (selain tanah dan buruh);Kamus Dewan Edisi Keempat
faktor pengeluaran(Eko) faktor fizikal yg digunakan utk mengeluarkan barang dan perkhidmatan, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas