Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fak.tor] | فکتور

Definisi : 1. unsur atau sebab yg menyumbang kpd sesuatu hasil: kekuasaan ekonomi British di negeri ini ialah ~ terbesar yg menyebabkan bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yg kukuh; 2. (Mat) nombor yg menjadi pembahagi kpd sesuatu nombor lain dgn tepat atau tanpa baki, mis 2 dan 3 adalah faktor bagi 6, atau 3 dan 5 adalah faktor bagi 15;~ pengeluaran (Eko) faktor fizikal yg digunakan utk mengeluarkan barang dan perkhidmatan, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha; ~ pertengahan pengeluaran faktor yg menghasilkan barang-barang (selain tanah dan buruh); ~ utama pengeluaran dua faktor (tanah dan buruh) yg menghasilkan barang-barang; pemfaktoran 1. (Eko) kaedah mengambil alih risiko hutang yg belum dibayar dgn mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu (biasanya oleh institusi kewangan); 2. (Mat) perbuatan mencari faktor kpd sesuatu nombor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fak.tor] | فکتور

Definisi : 1 keadaan, tenaga atau peristiwa yg mempengaruhi atau yg menyebabkan terjadinya sesuatu: Kemiskinan merupakan salah satu ~ yg menyebabkan anak-anak Melayu tidak maju dlm pelajaran. 2 ist angka penuh (bulat) yg dpt membahagikan angka-angka yg lebih besar dgn tidak berlebih: Angka-angka 2,3,4 dan 6 ialah ~ angka 12. 3 orang yg menjual barang-barang bagi pihak pengilang dgn menggunakan namanya sendiri dan memperoleh komisen; ejen. memfaktorkan ist mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). pemfaktoran ist perihal mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faktor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
location factorfaktor lokasiGeografiTiadaFaktor-faktor yang menentukan kedudukan kegiatan sesuatu perusahaan.
relieving factorfaktor pelegaPerubatanTiadaFaktor-faktor yang boleh melegakan sesuatu keadaan yang tidak menyenangkan seperti sakit, tegasan, ketegangan dan tekanan.
factor of marketfaktor pasaranGeografiTiadaFaktor-faktor yang mengawal pasaran sesuatu jenis barangan.
distribution factorfaktor taburan; faktor agihanKejuruteraanTiadaFaktor taburan: Faktor yang digunakan utnuk mengira dos setara.
climatic controlkawalan iklimGeologiTiadaFaktor-faktor yang secara relatifnya tetap, yang mempengaruhi sifat umum iklim bahagian bumi, misalnya sinaran matahari, arus lautan, elevasi dan topografi skala besar, dan sebagainya.
externe evidentiebukti eksternKesusasteraanTiadaFaktor-faktor luaran yang diambil untuk menyokong dalam pengkajian sesebuah teks. Contoh: latar belakang pengarang, budaya, sejarah dll.
productivitydaya pengeluaran/produktivitiEkonomiTiada1. Kemampuan faktor-faktor pengeluaran yang ada untuk menambahkan pengeluaran dalam jangka waktu tertentu.
data chainingperantaian dataKejuruteraanTiada1. Kaedah menstor faktor-faktor tertentu supaya sesuatu rakaman terstor mempunyai alamat rakaman terstor yang berikutnya dalam senarai.
amplification factorfaktor penguatan; faktor pembesaran; faktor amplikasiFizikTiadaTiada
amplification factorfaktor penguatan; faktor pembesaran; faktor amplikasiKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas