Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fak.tual] | فکتوال

Definisi : berdasarkan kenyataan: bersedia memberikan pendapat yg ~ dan ilmiah agar kebenaran dapat ditegakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faktual


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
new journalismjurnalisme baruKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang melibatkan gabungan kaedah penulisan kewartawanan dengan kesusasteraan. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Tom Wolfe sekitar tahun 1960-an melalui karyanya yang berjudul The New Journalism. Penulisan jurnalisme baru menghasilkan ciri-ciri penulisan yang bersifat faktual dan kreatif, mementingkan unsur-unsur kebenaran peristiwa, kekuatan daya imaginasi, dan kehalusan bahasa. Gaya penulisan jurnalisme baru memberi manfaat kepada kedua-dua bidang ilmu, sama ada kewartawanan atau kesusasteraan, khususnya dalam usaha melahirkan suatu bentuk hasil tulisan yang mementingkan kebenaran fakta secara halus dan indah. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, gaya penulisan jurnalisme baru telah bermula pada akhir abad ke-19, antaranya melalui karya tulisan Abdullah Munshi yang berjudul Hikayat Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan. Pada dekad kemudian, gaya penulisan jurnalisme baru dapat dilihat dalam novel Abdullah Hussain seperti Rantau Selamat (1962), Terjebak (1965), Peristiwa (1965), dan Aku Tidak Minta (1967).
hikayathikayatKesusasteraanTiadaSuatu bentuk genre sastera Melayu tradisional berbentuk prosa atau separa prosa yang biasanya mengandungi cerita yang panjang. Sebagai suatu bentuk genre, hikayat bersifat bebas isi dan struktur, iaitu boleh digunakan untuk membawa pelbagai tema dan jenis karya. Contohnya fabel, roman, epik, sejarah, adab dan hagiografi. Oleh itu, hikayat mempunyai pelbagai fungsi, antaranya sebagai hiburan, pengajaran, adab, dan dakwah. Hikayat dicirikan oleh unsur-unsur kecerekaan dan khayalan. Walau bagaimanapun, ada hikayat yang agak faktual seperti cerita yang berkait dengan tokoh sejarah dan peristiwa sejarah. Contohnya Hikayat Sultan Ibrahim Ibnu Adham dan Hikayat Raja Pasai. Kebanyakan karya hikayat berfokus pada perihalan istana atau golongan bangsawan. Berdasarkan etimologi istilah hikayat, dapat diandaikan bahawa karya hikayat hanya muncul dalam dunia Melayu pada zaman selepas kedatangan Islam. Contohnya Hikayat Amir Hamzah, sebuah epik warisan Islam dianggap sebagai salah satu hikayat Melayu yang terawal. Oleh sebab hikayat muncul selepas kedatangan Islam, maka karya hikayat biasanya bertulisan jawi. Karya lisan yang berjudul Hikayat ialah karya lisan yang telah ditulis. Sastera hikayat kebanyakannya berbentuk sintesis kerana sastera ini muncul dalam latar budaya sinkritik, peribumi Hindu-Islam. Contoh karya hikayat sintesis ialah Hikayat Indera Putera. Walaupun sastera hikayat tidak lagi popular selepas kurun ke-18, namun judul hikayat masih digunakan untuk memerikan beberapa jenis karya baharu. Contohnya, Abdullah Munsyi menggunakan judul hikayat untuk karya autobiografi dan catatan perjalanan. Beliau juga menggunakan judul tersebut untuk tulisannya yang bersifat ilmiah, contohnya Hikayat Dunia (geografi), Hikayat Kapal Terbang, Hikayat bintang, Hikayat Eropah. Malahan karya novel yang awal juga menggunakan judul hikayat contohnya Hikayat Faridah Hanum dan Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Hikayat berasal daripada perkataan Arab hikayah bermaksud �cerita-cerita sejarah�, atau haka bermaksud �menceritakan, mewartakan dan memberitahu. � Lihat juga cerita binatang, epik, fabel binatang, hagiografi, roman.

Kembali ke atas