Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenian | Sila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986 | Lain-lain | 20.06.2007 |
Yang mana yang betul: a) Pemasaran adalah falsafah b) Pemasaran ialah falsafah | Pemasaran ialah falsafah. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
falsafah pendidikan negara,sistem pendidikan di malaysia pada zaman pra-british,sistem pendidikan sekolah agama,pendidikan perguruan pada era pra-british sehingga kini. | Untuk menjawab soalan ini saudara perlu membuat rujukan dan pembacaan di perpustakaan di tempat saudara atau merujuk buku atau makalah tentang perkara teresebut. | Lain-lain | 16.11.2008 |
Apa beza doktor falsafah dengan doktor perubatan? | Terdapat perbezaan antara doktor falsafah dan doktor perubatan. Frasa doktor falsafah merujuk kepada 'ijazah tertinggi yang diberikan kepada seseorang siswazah lanjutan, kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan, yang menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yang terdiri daripada para profesor'; manakala doktor atau doktor perubatan ialah 'orang yang memiliki ijazah dalam bidang perubatan dan mempunyai kelayakan atau tauliah utk mengamalkan perubatan, seperti merawat orang sakit'. | Makna | 24.08.2023 |
Salam sejahtera. Frasa yang mana gramatis: (a) penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (dalam kalangan guru) (b) penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pencerahan tuan/puan amat dihargai. | Frasa yang gramatis ialah “penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam kalangan guru dan penghayatan guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan”. | Tatabahasa | 16.03.2022 |
Adakah terdapat perbezaan singkatan bagi doktor falsafah dan doktot perubatan. Cth: DR. digunakan untuk doktor falsafah dan Dr. digunakan kepada doktor perubatan | Singkatan bagi seseorang yang bergelar doktor falsafah atau perubatan ialah Dr. | Ejaan | 17.08.2021 |
Yang mana betul: a) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu Impi, Percaya, Berani, Buat. b) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu impi, percaya, berani, buat. | Yang betul ialah (a) kerana bagi falsafah awalan katanya hendaklah ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 01.11.2011 |
saya ingin mengetahui apakah yg dimaksudkan dengan sifat eklektik dari sudut falsafah pedidikan | Pertanyaan ini menyentuh falsafah pendidikan. Oleh itu, kami mencadangkan puan memperoleh maklumat tentang "Falsafah Pendidikan" di Kementerian Pelajaran Malaysia: www.moe.gov.my | Lain-lain | 24.07.2007 |
Mohon pencerahan, mana satu yang betul. 1. Ijazah Kehormat Doktor Kepimpinan Islam; 2. Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam); 3. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam; 4. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Islam); 5. Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Islam; 6. Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan Islam); 7. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Kepimpinan Islam; atau 8. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat (Kepimpinan Islam). | Frasa yang betul ialah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam. | Tatabahasa | 17.03.2019 |
Adakah terdapat perbezaan dari segi ejaan penggunaan Dr. bagi doktor perubatan dengan doktor falsafah? Ada pendapat yg menyatakan Dr. adalah untuk Dr falsafah manakala dR @ DR untuk doktor perubatan. Adakah benar pendapat itu? | Tidak ada perbezaan untuk ejaan singkatan bagi doktor falsafah atau doktor perubatan, kedua-duanya dieja sebagai Dr. (dengan tanda titik). | Tatabahasa | 18.11.2011 |