Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.na]/[fa.na/] | فناء

Definisi : Ar tidak kekal, lwn baqa; berpindah dr negeri yg ~ ke negeri yg baqa meninggal; memfanakan sl meniadakan, memusnahkan: maha suci bagi Allah yg tinggi ketuhanan-Nya dan tiada sekutu bagi-Nya dan lagi akan difanakan-Nya segala makhluk kemudian dijadikan-Nya; kefanaan perihal (keadaan) tidak kekal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.na]/[fa.na/] | فناء

Definisi : tidak kekal; lw baqa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fana


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan teks novel tingkatan 2, Erti Sebuah Pengorbanan, m/s: 114. Beliau terpana melihat sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Iman. perkataan "terpana" membawa maksud apa? Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan, tidak ada perkataan pana, yang ada ialah fana, bermaksud tidak kekal atau musnah. Namun, jika merujuk contoh penggunaan terpana dalam ayat tersebut, maksud yang paling sesuai ialah kagum atau terpesona.Makna11.01.2012
"terpana" banyak digunakan di dalam buku-buku, lirik lagu, dsb. Tetapi adakah kata dasarnya "pana"? "terpana" tidak ada di dalam kamus dewan dan juga tiada dalam carian DBP. Adakah "terpana" diterima sebagai perkataan dalam bahasa malaysia?Kata terpana atau pana tidak ada dalam sumber rujukan kami, paling hampir ialah kata fana yang berasal dari bahasa Arab dan bermaksud tidak kekal. Lain-lain19.03.2009
_____tanaman padi Psk Ali tidak menjadi akibat serangan perosak. a. Segala b. Seluruh C. Setiap jawapan? Sila berikan penjelasan. Terima kasihJawapan a. segala dan b. seluruh adalah betul. Sila lihat penerangan yang diambil dari Kamus Dewab Edisi Keempat:

1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak ke­lihat­an (tempat orang mati hingga hari kia­mat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyem­bunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar.
Lain-lain17.04.2014
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikanKelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.  (Pendeta Za’ba,) Lain-lain26.07.2008

Kembali ke atas