Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fan.ta.si] | فنتاسي

Definisi : 1. imaginasi yg tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan, khayalan: utk dapat mencipta cerita yg baik, diperlukan ~; 2. ciptaan imaginasi yg tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan: pd kesimpulannya, semua drama adalah ~; 3. sesuatu yg dibuat (dipakai) utk perhiasan (bukan utk kegunaan sebenarnya);sapu tangan ~ sapu tangan utk perhiasan; saku ~ saku yg tidak digunakan (hanya utk perhiasan sahaja); berfantasi berkhayal, berangan-angan; memfantasikan mengkhayalkan, mengangan-angankan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fantasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Adakah ayat ini betul? " Dia menskrol telefon bimbitnya." dan apakah beza tahyul dan fantasi? terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "menskrol" dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat  perkataan menatal (bidang Komputer) yang bermaksud menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pada skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "tahayul' dan "fantasi" adalah seperti yang berikut:

tahayul

1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dalam angan-angan 
2. kepercayaan yang karut-karut (kepada sesuatu yang sebenarnya tiada)

fantasi

1. imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan
2. ciptaan imaginasi yang tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan
3. sesuatu yang dibuat (dipakai) untuk perhiasan (bukan untuk kegunaan sebenarnya)
Istilah24.12.2015
Salam pihak DBP, Boleh saya tahu penggunaan yang betul untuk dari / daripada dalam ayat berikut. Ini merupakan dialog cerita fantasi. - Awak keluar dari buku? Keluar dari kertas? (Did you come out of the book?) Buku dan kertas di sini merujuk kepada tempat atau punca? Penggunaan yang betul ialah dari atau daripada?Ayat yang betul ialah “Awak keluar dari buku? dan “Awak keluar dari kertas?”. Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, penggunaan perkataan yang betul ialah “dari” kerana buku dan kertas merujuk tempat.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 268-271.

Tatabahasa01.10.2023
Apakah padanan "Spellsword"? Secara mudahnya perkataan ini bermaksud seseorang yang menggunakan senjata dan sihir pada masa yang sama di dalam permainan atau kisah fantasi.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah spellsword ialah mantera pedang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.08.2023
Salam Tuan, bolehkah kita menggunakan perkataan bahasa Melayu "fantastik" terjemahan dari perkataan bahasa Inggeris "fantastic". Dan apakah contoh konteksnya? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan, ‘fantastik’ mempunyai dua maksud, iaitu  1. penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata 2. bagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan.Tatabahasa19.10.2014
Salam sejahtera pada pihak DBP, apakah isu yang sesuai dan boleh dikupas untuk saya kaji di dalam Hikayat Indera Nata? Dan apakah buku-buku rujukan yang boleh saya gunakan dalam kajian saya? Saya masih buntu dalam mencari tajuk kajian saya.

Hikayat Indera Nata digolongkan dibahagikan dalam zaman peralihan Hindu-Islam. Secara umum, pelbagai perkara boleh dikaji daripada teks tersebut. Di antara kajian tersebut ialah seperti berikut:

  1. Pemikiran dalam teks tersebut
  2. Teknik Naratif/penceritaan teks zaman peralihan
  3. Gaya Bahasa teks zaman peralihan
  4. Unsur-unsur Mitos, Dongeng, Fantasi dan sebagainya
  5. Konsep Wira dalam teks tersebut
  6. Konsep Kuasa dalam teks tersebut
  7. Unsur-unsur Islam dalam teks tersebut dll

Sekian, terima kasih

 

Lain-lain06.07.2009
definisi sejarah sastera Sastera sejarah adalah suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang membicarakan sejarah sesebuah kerajaan. Secara umum sastera sejarah sering kali  memakai judul permulaan sebagai hikayat, silsilah, salasilah, misa dan tawarikh seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan Bugis, Misa Melayu dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah.          Bentuk sastera sejarah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu dalam bentuk prosa dan bentuk puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan sejarah sesebuah kerajaan atau negeri tentang bangun dan jatuhnya sebuah kerajaan itu dengan menyenaraikan susur galur pemerintahnya. Manakala bentuk puisi pula, lazimnya ditulis dalam bentuk syair yang menceritakan sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku dalam sesuatu tempoh waktu tertentu seperti Syair Perang Johor, Syair Kampung Gelam Terbakar, Syair Perang Siak dan sebagainya.          Karya sastera sejarah, umumnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama karya sejarah yang meriwayatkan jurai keluarga diraja. Misalnya Sulalatus Salatin yang cukup terkenal dalam kalangan kita. Di dalam Sulalatus Salatin, pengarangnya, Tun Seri Lanang menjurai asal usul keturunan raja Melayu dari awal hingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.           Jenis sastera sejarah yang kedua pula hanya memfokuskan kisah seseorang tokoh seperti dalam Hikayat Acheh yang menceritakan tentang ketokohan Raja Iskandar Muda. Sastera sejarah yang menekankan pada sesuatu peristiwa seperti Syiar Kampung Gelam Terbakar dan Perang Makasar adalah jenis karya sastera yang ketiga.          Salah satu ciri yang menyebabkan  sastera sejarah tidak dianggap sepenuhnya sejarah kerana ada unsur-unsur mitos dan legenda serta unsur-unsur fiksyen-fantasi yang turut dimuatkan oleh para pengarang sastera sejarah. Unsur-unsur ini dimuat adalah dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menambahkan faktor kekaguman rakyat kepada kebesaran sesebuah kerajaan atau jurai keturunannya. Lain-lain06.08.2008

Kembali ke atas