Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[far.du]/[far.du] | فرض

Definisi : Ar kewajiban yg dituntut (ditentukan) oleh agama; ~ ain fardu bagi orang perseorangan (iaitu yg wajib bagi tiap-tiap orang Islam, spt sembahyang lima waktu, puasa, dll); ~ kifayah tuntutan bersama bagi orang Islam, yg apabila dilaksanakan oleh seseorang antara mereka, yg lain bebas drpd tanggungjawab itu, mis mengebumikan mayat; memfardukan menjadikan fardu, mewajibkan: sesungguhnya Allah SWT telah ~ ibadat puasa pd bulan Ramadan, bukan pd bulan-bulan lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[far.du]/[far.du] | فرض

Definisi : sesuatu yg wajib dilakukan menurut agama Islam; kewajipan. ~ ain kewajipan bagi orang Islam perseorangan (spt sembahyang lima waktu, puasa). ~ kifayah kewajipan masyarakat Islam seluruhnya di sesuatu kawasan, yg memadai jika dilakukan oleh seorang atau beberapa orang (spt menguburkan mayat, sembahyang berjemaah). memfardukan menjadikan fardu; mewajibkan: Zakat mula difardukan pd bulan Syaaban tahun kedua Hijrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fardu


Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam Kedukaananak Kampung Sebangun sendiri. 122 MENGANYAM KEDUKAAN Sepanjang pengetahuanku, MakAji Kiah semasa hayatnya pernah mewakafkan rumah besar itu untuk digunakan sehagai madrasah atau surau untuk mengajar anak-anak kampung Sebangun fardu am dan kifayah. Atau sekurang-kurangnya digunakan untuk menyebarkan syiar Islam. Tetapi yang rnenyayatkan hati, hajat MakAji Kiah tidak pemah diendahkan, tidak termakbul. Sebagai wartawan yang sejak kecil telah mendengar tidak pandainya kau mendidikanak isteni kau, maka anakkau jadi kucar-kacin, dan isteni kau mati dalam kedaifan sedangkan kau siang malam menyembahKu untuk dinikau saja. Dan kaujuga saban malam dan fardu Jumaat mengingatkan orang lain melakukan apa yang Aku suruh dan meninggalkan segala larangan-Ku, sedangkan kau tidak benjaya mengingatkan anak isteni kau tentang tanggungjawab mereka kepada-Ku. Kau juga gagal D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=2&hits=7650+8553+

Kembali ke atas